Thursday, April 15, 2010

Penawar Kanser

Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati...(yang penting usaha dan tawakal pada Yg Maha Esa)

Durian Belanda di kaji sebagai penawar penyakit kanser..
Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup
rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini
sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang
dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah
pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan
pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola',
di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'.
Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsakmanakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda.
Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut,
isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis,
dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikankesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan
terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser.
Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi
sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan
berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan
tekanan darah tinggi, kemurungan, stress,
dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya
kewujudan Institut Sains Kesihatan bagiorang-orang Amerika adalah kerana institut
ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini.
Fakta yang membingungkankan adalah:
Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib',
yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda,dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan
harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan pohon ajaib dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi,
TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur,
seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah
dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat
selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan
fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini
berasal dari salah satu pengeluar farmasi
terbesar di Amerika. Buah Graviola
telah diuji lebih dari 20 makmal,
sejak tahun 1970-an hingga beberapa
tahun berikutnya.


Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran
dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser
yang berbeza, diantaranya kanser :
Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat
dalam memperlambatkan pertumbuhan
sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin
dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo,
ekstrak buah ini secara selektif hanya
memburu dan membunuh sel-sel jahat
dan TIDAK membahayakan ataumembunuh sel-sel yang sihat.





** ni artikel yg sy dapat untuk di kongsi bersama teman2...
**tak rugi kite mencubakan...lagipun it just a fruit..
**sy SUKE mkn BUAH-BUAHAN :)

Tuesday, April 13, 2010

Hukum mewarna rambut

SOALAN :

Apakah hukum mewarnakan rambut mengunakan pewarna yang dinyatakan halal, walau pun bermacam-macam warna?


JAWAPAN:

Ada ulama menghukumkan haram kerana menyerupai budaya orang kafir.

Tiada keharusan ditemui untuk mewarnakan rambut pelbagai warna pada satu kepala (tamyish al-sha'r).

Hukum mewarnakan rambut (sabgh al-sha'r) adalah harus kecuali mewarnakan rambut dengan warna hitam berdasarkan satu hadis riwayat Muslim, no. 2102: Ubahlah warna uban ini akan tetapi elakkanlah daripada warna hitam (menghitamkannya) .

Hukum ini bertukar menjadi haram jika tiada tujuan tertentu seperti untuk suka-suka atau dengan niat yang bersalahan dengan panduan syarak seperti wanita yang berbuat begitu untuk menunjuk-nunjuk atau berhias-hias (tabarruj) mempamerkan rambut kepada bukan mahram dengan mengabaikan syariat menutup aurat dalam Islam.

Begitu juga jika bahan yang digunakan merosakkan rambut anugerah Allah kerana ia adalah amanah Allah yang 'dipinjamkan' kepada kita.

Apa yang penting bagi orang yang ingin mewarnakan rambut ialah bahan pewarna itu halal dan telap air seperti inai (ini jelas harus dan disebut di dalam hadis) kerana jika tidak telap air, wuduk anda dianggap tidak sah.

Mengikut Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), dari segi ramuan pewarna rambut yang berada di pasaran kita terbahagi kepada dua jenis. Kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan tetapi satu telap air dan satu lagi tidak, maka perlulah dipastikan terlebih dahulu.

Pewarna rambut yang dipasarkan biasanya akan tertulis pada kotak permanent dye atau semi permanent dye.

Mengikut kajian, jenis yang semi-pamenent dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ia tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.

Hakikatnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Secara teknikalnya, Jakim hanya mengeluarkan sijil halal untuk produk yang diproseskan di Malaysia sahaja.


(sumber dr utusan)

renung-renungkan la..
selamat beribadat... :)

Friday, April 9, 2010

Girls explained in IT terms

~*~Types Of Girls~*~

HARD DISK GIRLS:
she remembers everything, FOREVER.


RAM GIRLS:
she forgets about you, the moment you turn her off.

WINDOW GIRLS:

everyone knows that she can't do a thing right, but no one can live
without her.

SCREENSAVER GIRLS:

She is good for nothing but at least she is fun.

INTERNET GIRLS:

Difficult to access.

SERVER GIRLS:
Always busy when you need her.

MULTIMEDIA GIRLS:

She makes horrible things look beautiful.

CD-ROM GIRLS:

She is always faster and faster.

EMAIL GIRLS:
Every ten things she says, eight are nonsense.

VIRUS GIRLS:
Also known as "wife'' when you are not expecting her, she comes,
installs herself and uses all your resources. If you try to uninstall her you will lose something, if don't try to uninstall her you will lose everything...


hehehe....which one are u ???


Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah


Seorang Executive muda yang berjaya sedang
memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar.
Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta Waja
yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.


Sambil ia memandu perlahan-lahan
ia sedang memerhatikan
seorang anak kecil
dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan,
ia memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja
tersebut melintasi kawasan tersebut;
anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul
batu dilontarkan tepat mengena pintu
disebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut
menekan brek sekuat hatinya dan
berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri.

Dengan marahnya dia keluar
dari kereta terus meluru ke arah
Anak kecil, menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang
terletak ditepi jalan dan terus memarahi
Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?

"Apa ni ? Siapa awak ?
dan apa ke jadahnya awak berada disini ?
Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ?
Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut..

Anak kecil itu tunduk sedih,
sayu dan memohon maaf ;
"Saya meminta maaf Pakcik,
Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu.
Saya melontar batu kerana tak ada orang yang
berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut
yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari
kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang
dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong
saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan
anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan
meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik.
Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda
hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong
abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya.
Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta,
WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki.
Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam
kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya
kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan
hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan,
Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan,
menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan
jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan
kelebihan yang sementara.



Esok Cuti...nk wat ape ye..dok umah tgk tv golek2 tido...huhu

plek je tajuk aku ni...

esok nk main masak2 la...
dah lame x main masak2...huhu.
mcm nk wat kek esok...
sbb hr ni ulang thun hari kelahiran bakal kakak ipar saya....happy besday kak eza...
smoga pjg umur n murah rezeki...and kawen la cpt2...hehe..
lau nk hadiah kena dtg umah tau... :)
mcm nk wat dadih la esok..
emm..td cr resipi dadih homemade...
dapat resipi ni...huhu

bahan2 untuk dadih (credit to nor 67)
  1. 10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah)
  2. 1 liter susu segar biasa
  3. 1 liter susu segar berperisa coklat
  4. 1 1/4 cawan gula (atau 17 sudu besar gula)
  5. 1.2 liter air
  6. 1 sudu teh garam
  7. 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air
  8. 1 sudu teh coklat emulco
and yg ni lain plak resipi dia...

bahan2 untuk dadih lagi.. (credit to minami133)
  1. 1 liter air
  2. 1 liter susu segar
  3. 1 cawan gula
  4. 11 g serbuk agar2(2 sudu besar)
  5. secubit garam
  6. perisa (jagung,strawberi,milo dll)

yang mane satu nk cube eh...silap2 esok wat resipi sendiri...huhu.
xpe kite tgk esok mcm ne..bergantung pada bahan2 yg ade kt umah la ye...
hasilnya nnt sy post next week... :)





Thursday, April 8, 2010

Gambar Cantik...

untuk tatapan semua... :)








Adakah perut anda buncit?

Just nak share dengan kawan2. Mari kita amalkan untuk badan yg sihat dan cergas juga!!! :)

1) Minum Banyak Air

Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium/garam dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang dikeluarkan dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin. Jangan kurangkan pengambilan air ketika berdiet, kerana banyak bahan yang sukar dicernakan dan akan menyebabkan perut menggelembung.

2) Mengurang Pengambilan Garam

Jangan makan gelojoh, kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang t ida k terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil t ida k dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan

3) Makan perlahan-lahan

Terlalu banyak garam dalam diet menambah lebih sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

4) Pengambilan Serat

Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

5) Awasi Ubat-Ubatan

Perut yang mengembang adalah kesan sampingan dari pengambilan ubat. Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

6) Hindari Sembelit

Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

7) Bersenam

Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah di mana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai urin. Senaman yang disarankan seperti aerobik.



haa...kalau buncit yang ni tak ape... jangan risau...hehehe





teruskan usaha anda....jangan lupa senyum selalu... \('-')/

Wednesday, April 7, 2010

Renungan hebat sekali

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:-


1: Wajah yang cantik – solat subuh

2: Duit yang banyak – solat zohor

3: Kesihatan yang baik – solat asar

4: Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita – solat maghrib

5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak


Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari .


Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak . ( Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )

' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ' Surah Al-Baqarah ayat 286

Friday, April 2, 2010

Mari membaca...Sebelum Terlambat...

salam buat semua...
hr ni nk share satu link yg amat bagus sekali..
terima kasih buat cikgu saya Bro nazery.
mungkin rmai jgk yg dah tau psl link ni..
mugkin jgk rmai yg dah ade dlm simpanan..
tp bg sesiapa yg belum memiliki or msh tercari2 jalan penyelesaian,
sila la ke website yg akn di kongsikn di sini..
(mcm buat iklan plak...huhu)

Sila Klik Di Sini...

semakin hari semakin maju technology...
semakin lupa pada kejadian diri
terutama pd Maha Pencipta...
dunia yg semakin tua...
berbagai ragam manusia yg kite boleh lihat..
jenayah, maksiat, perjuadian semakin berleluasa...
adakah dunia sekarang semakin x selamat untuk dihuni?
sama2 kite mendekatkn diri dgn Yang Maha Esa...
agar hidup ni di redhaiNya...
agar kite selamat DUNIA dan AKHIRAT... amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Eby nak keluar

Eby nak keluar

Eby nanyang

Eby nanyang

Oyen tido

Oyen tido

My Oyen

My Oyen

Nyanyau tgh makan

Nyanyau tgh makan

Nyanyau comey tido

Nyanyau comey tido

Nyanyau masa kecil

Nyanyau masa kecil

mY nYanYaU

mY nYanYaU
kucing peliharaanKu...