sementara masih berada di umah n dah mcm jd suri rumah spenuh mase ni (walaupun belum lg berumah tangga)...huhu..sy luangkn mase membantu mak di umah...
antara daily activities sy adalah memasak...hehehe.
x berapa pandai sgt masak lauk -pauk ni but i'm really like cooking... :)
sy suke buat kek, biskut, puding dan seangkatan denganyer...hehe.
tp kali ni nak share resepi turun temurun keluarga mak sy...
mak ckp arwah atuk sy sgt suke makan lauk ni dgn ikan wadik( betul ke eja mcm tu...huhu).
ikan wadik ni ialah ikan masin or ikan pekasam dlm bahasa harian org msia...
selalunya ikan2 sawah yg menjadi pilihan untuk dibuat ikan pekasam ni seperti ikan sepat, puyu dan sedara-mara dia la...sy pun suka mkn ikan pekasam ni..makan dgn nsi goreng panas2 sgt sedap..wlaupun sy ni jenis x makan ikan air tawar or ikan sungai tp bila dah jd ikan masin or ikan pekasam sy boleh mkn...huhu.
ok tutup cite pasal ikan. sy nk cite psal lauk labu masak sahang. sahang tu ialah lada hitam or lada putih dlm bahasa banjar. kt bawah ni sy senaraikan bahan2 tuk masak lauk ni..
sesiapa yg berminat boleh cube ye... :)
1. 1/2 bijji labu kuning (size biase)
2. 4 ulas bawang putih
3. 1 paket kecik lada putih (lebih pedas dr lada hitam)
4. sejemput ikan bilis
5. gula
6. garam
cara memasak:
1. potong labu kecil2 (dadu)
2. hiris bawang putih
3. masukkan labu td dlm periuk kemudian isi air sampai tenggelam labu td.
4. letakkan di atas dapur dgn api yg sederhana
5. tumbuh lumah lada putih dan masukkan ke dalam periuk td.
6. masukkan bawang putih dan ikan bilis.
7. masukkan gula dan garam mengikut citarasa masing2.
8. biarkan sehingga masak ( labu empuk)
senang je kan...kadang kala bab memasak ni x perlukan kepakaran sangat yg penting usaha kite tuk mempelajarinye... ;)
No comments:
Post a Comment