Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Friday, December 16, 2011

Ombak Rindu OST

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku

Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku

Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku

Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah

Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup

Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


**suke lagu ni sgt-sgt...  en.hubby leh nyanyikan tuk sy???hehehe...

Monday, August 8, 2011

Secret Garden

Salam pada semua pembaca blog...
dah lama x update blog..huhu...kemalasan tahap kura2 nak panjat gunung...hahaha
sekarang dh seminggu berpuasa... SELAMAT BERPUASA semua...
semoga di bulan yg mulia ini kite dapat tambah pahala yg banyak ok... :)

Title kt atas tu xde kaitan pun dgn puasa...hehehe..
tak pe sekadar mengisi masa lapang sesudah menunaikan ibdah2 yg sepatutnye..ok..

cite ni sangat best... noona (???) yg suggest cite ni..hehehe...
klakar...sesiapa yg mau kan hiburan yg ringan sila lah tgk cite korea ni...
boleh bergelak ketawa...huhu..lawak2 diaorg sgt sepontan especially OSKA...hahahaha
oska sgt lawak...tgk muka dia je dh nk gelak...lau dia buka mulut je..suara dia asik tggi je..tp klakar...haha




** lama tengok oska ni ensem plak...hahahaha...hyun bin still comey...hehe

Friday, July 1, 2011

Andai itu takdirNya - aku redha.

First of all, honestly speaking. This is the best novel i ever read.

Ceritanya yang sangat rapat dengan kehidupan harian kita di muka bumi Allah ini.
pelbagai pengajaran yg boleh kita simpulkan dr cerita ini. segala yg tersurat dan tersirat adalah ketentuan Yang Maha Esa.Tiada siapa pun yang mampu mengubahnya. Sebagai manusia yang hidup di alam reality, wujudnya sebaik-baik manusia dan tidak kurangnya sejahat-jahat manusia.
hanya kita saja yang mampu mengubah diri kita sendiri. berubahlah demi kebaikan diri dan orang-orang tersayang. segala penyesalan dikemudian hari tidak akan ada gunanya.selagi kita bernafas selagi itulah pintu taubat masih terbuka. inilah bukit kebesaran Allah yang amat mengasihi umatNya.

Penderitaan yang dilalui sedikit sebanyak menjadikan dia tabah menghadapi segala dugaan Allah padanya.
Dia tidak sesekali menyalahkan takdir yg menimpa dirinya. kewajipan dia sebagai isteri dan ibu tetap dijalankan walaupun pahit untuk dilaksanakan.bagaikan tiada sinar bahagia buat dirinya. segala kedukaan dan penderitaannya akan dikongsi dengan Yang Maha Esa.
baginya Allah Yang Maha Mendengar dan Mengasihani. Hanya padaNYa dia meminta pertolongan.
ujian ini tidak ubah sebagai peringatan untuk umat yang dikasihiNya agar senantiasa bertaqwa kepadaNya.
hidupnya semakin kuat kerana wujudnya permata hati dlm hidupnya dan kerana anak jua la dia bertahan untuk mengadap sang suami yang sukar ditafsirkan tindakannya.
dia mempertaruhkan juga hidupnya kepada sang suami demi anak yg dikasihi kerana dia tahu bahawa hidupnya tidak akan lama di dunia ini.
begitu sukar rintangan yg dihadapinya. pengorbanannya sangat besar. tidakkah sang suami mempunyai belas kasihan terhadap isteri sendiri.
mungkin tiada cinta antara mereka tetapi dimanakah belas kasihan sesama manusia dan sesama islam.
akhirnya cintanya lahir juga di dalam hatinya. cinta yang suci yg amat mahal harganya.

Allah akan menghadiahkan sebuah pelangi yang indah setelah Dia turunkan ujan yang lebat.



**Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang bakal diucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan bandingkan dengan akibat yang akan diterima??

Thursday, June 9, 2011

Setiap Jumaat

Bermastautin di negara org membuatkan dirinya amat menghargai negara kelahirannya.
hujan emas di negara org hujan batu di negara sendiri.
inilah yang dirasakan saban hari.
apa pun dia harus tempuhinya hingga tamat pengajiannya di Jepun.
pelbagai dugaan yang dihadapinya dari masalah keluarga, persahabatan dan hinggalah ke masalah percintaan.
setelah semua yang berlaku dia mengambil keputusan untuk menetap di Jepun dan bekerja di sana.
setelah beberapa tahun menetap di negara orang.
dia bertemu dengan seseorang yang boleh bertutur bahasa ibundanya.
rupanya lelaki itu berasal dari negara yg same dengannya.
rasa rindu dengan negara sendiri.
ketika bersama dengan lelaki itu, dia rasa amat gembira kerana dia boleh berborak dengan bahasa yang sama, boleh meluahkan apa2 sahaja kerana lelaki itu tetap akan menjadi pendengar setianya.
dan setiap jumaat seolah2 mereka sudah berjanji akan bertemu di bawah sepohon pokok ceri.
setiap jumaat, lelaki itu akan berada di situ sebelum ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat jumaat.

setelah beberapa bulan berbual-bual dengan lelaki itu.
hatinya mula rasa lunak dengan lelaki itu dan begitu juga yang dirasai oleh lelaki itu.
rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan.
cume dia cepat tersedar bahawa pengalaman putus cinta dulu membuat dia rasa serik untuk bercinta. akhirnya mengambil keputusan untuk berkawan sahaja. tetapi hatinya tetap merindui lelaki itu.

kepulangan dia ke malaysia setelah beberapa tahun di negara orang membawa diri.
akhirnya dia tahu marahnya tidak akan berkesudahan jika dia tetap melarikan diri dari keluarganya sendiri.
keputusan yang amat mengembirakan seluruh keluarganya, terutama emaknya yang saban hari merindui anaknya itu.
tetapi di dalam kegembiraan masih ada seseorang yang sedang bersedih menanti dan terus menunggu dia di bwah sepohon pokok.
lelaki itu tidak tahu bahawa dia sudah pulang ke tanah air.

Dengan kuasa Allah, akhirnyanya mereka bertemu semula di malaysia.
pertemuan yang tidak disangka-sangka itu, membawa ke jinjang pelamin.
itulah yang telah tersurat jodoh mereka bersama. walaupun sudah banyak kepahitan yang dilaluinya tetapi dia tetap yakin dengan rancangan Allah buat dirinya.
Dan kini Allah menghadiahkan dia seorang suami yang amat mencintai dirinya.
segala masalah dia dengan family dan kawan-kawan berakhir dengan kegembiraan.
dia redha dengan segala-galanya.


**gambar hiasan -- indahnya ciptaanMu...


**aku redha dengan takdirMu Ya ALLAH...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Eby nak keluar

Eby nak keluar

Eby nanyang

Eby nanyang

Oyen tido

Oyen tido

My Oyen

My Oyen

Nyanyau tgh makan

Nyanyau tgh makan

Nyanyau comey tido

Nyanyau comey tido

Nyanyau masa kecil

Nyanyau masa kecil

mY nYanYaU

mY nYanYaU
kucing peliharaanKu...