Thursday, June 9, 2011

Setiap Jumaat

Bermastautin di negara org membuatkan dirinya amat menghargai negara kelahirannya.
hujan emas di negara org hujan batu di negara sendiri.
inilah yang dirasakan saban hari.
apa pun dia harus tempuhinya hingga tamat pengajiannya di Jepun.
pelbagai dugaan yang dihadapinya dari masalah keluarga, persahabatan dan hinggalah ke masalah percintaan.
setelah semua yang berlaku dia mengambil keputusan untuk menetap di Jepun dan bekerja di sana.
setelah beberapa tahun menetap di negara orang.
dia bertemu dengan seseorang yang boleh bertutur bahasa ibundanya.
rupanya lelaki itu berasal dari negara yg same dengannya.
rasa rindu dengan negara sendiri.
ketika bersama dengan lelaki itu, dia rasa amat gembira kerana dia boleh berborak dengan bahasa yang sama, boleh meluahkan apa2 sahaja kerana lelaki itu tetap akan menjadi pendengar setianya.
dan setiap jumaat seolah2 mereka sudah berjanji akan bertemu di bawah sepohon pokok ceri.
setiap jumaat, lelaki itu akan berada di situ sebelum ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat jumaat.

setelah beberapa bulan berbual-bual dengan lelaki itu.
hatinya mula rasa lunak dengan lelaki itu dan begitu juga yang dirasai oleh lelaki itu.
rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan.
cume dia cepat tersedar bahawa pengalaman putus cinta dulu membuat dia rasa serik untuk bercinta. akhirnya mengambil keputusan untuk berkawan sahaja. tetapi hatinya tetap merindui lelaki itu.

kepulangan dia ke malaysia setelah beberapa tahun di negara orang membawa diri.
akhirnya dia tahu marahnya tidak akan berkesudahan jika dia tetap melarikan diri dari keluarganya sendiri.
keputusan yang amat mengembirakan seluruh keluarganya, terutama emaknya yang saban hari merindui anaknya itu.
tetapi di dalam kegembiraan masih ada seseorang yang sedang bersedih menanti dan terus menunggu dia di bwah sepohon pokok.
lelaki itu tidak tahu bahawa dia sudah pulang ke tanah air.

Dengan kuasa Allah, akhirnyanya mereka bertemu semula di malaysia.
pertemuan yang tidak disangka-sangka itu, membawa ke jinjang pelamin.
itulah yang telah tersurat jodoh mereka bersama. walaupun sudah banyak kepahitan yang dilaluinya tetapi dia tetap yakin dengan rancangan Allah buat dirinya.
Dan kini Allah menghadiahkan dia seorang suami yang amat mencintai dirinya.
segala masalah dia dengan family dan kawan-kawan berakhir dengan kegembiraan.
dia redha dengan segala-galanya.


**gambar hiasan -- indahnya ciptaanMu...


**aku redha dengan takdirMu Ya ALLAH...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Eby nak keluar

Eby nak keluar

Eby nanyang

Eby nanyang

Oyen tido

Oyen tido

My Oyen

My Oyen

Nyanyau tgh makan

Nyanyau tgh makan

Nyanyau comey tido

Nyanyau comey tido

Nyanyau masa kecil

Nyanyau masa kecil

mY nYanYaU

mY nYanYaU
kucing peliharaanKu...