Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

Sebuah kebahagian yang abadi

Adakah wujud kebahagian ini?
masih berpeluangkah untuk merasainya?
mungkinkah kebahagian ini akan datang setelah musibah melanda?
siapakah yang mengetahui kehadirannya?

diri ini sungguh kerdil untuk mengharapkan keindahan sebuah kebahagian.
tetapi tidak mustahil kebahagian dapat dimiliki.
setiap insan berhak untuk merasainya.

jangan dicari kesempurnaan untuk mencipta kebahagian.
kerana ia tak kan pernah wujud dalam diri yang bergelar manusia.
kesempurnaan adalah milik ALLAH S.W.T.
mungkin kita hanya mampu mencuba dan menjadi yang paling hampir sempurna pada sesorang.

mampukah kita melakukannya?
layakkah kita mencipta kesempuraan itu?
tetapi kebahagian juga boleh dikecapi dengan secebis kesempurnaan.
memohon pada Yang Esa.
hanya padaNya kita boleh mencari kesempuraan itu.
seterusnya memiliki kebahagian itu.

nikmat kebahagian yang pernah singgah.
jangan la ia dipadamkan dengan sedikit ketidaksempurnaan yang wujud.
ini akan menjadikan kita insan yang tidak bersyukur.
insan yang tidak reti menghargai.
adakah ini akan disukai ALLAH?
jawapanya pasti tidak.

carilah kebahagian itu selagi hayat dikandung badan.
kebahagian itu hadir dengan keredhaan ALLAH pada hambaNya.
oleh itu, burulah keredhaan ALLAH dahulu.
pasti kebahagian akan menyusul kemudian.

janji ALLAH itu pasti.
rancangan ALLAH adalah sebaik-baik rancangan untuk hamba-hambaNya.
hidup ini hanya sementara.
segala nikmat hanyalah dipinjamkan ALLAH pada hambaNya.
dengan sekelip mata nikmat itu boleh hilang.
maka kita wajib mensyukuri nikmat ALLAH.



**gambar hiasan


Tuesday, May 10, 2011

cuaca panas semenanjung Malaysia

**gambar hiasan

terik mentari disaat ini bagai membakar kulitku
mengontangkan air yang berada di dalam badanku
keringat yang mengalir keluar bagaikan tidak mahu berhenti
tekakku semakin perit untuk menelan

cuaca yang mencecah suhu 37 darjah celcius
amat terasa panasnya di siang hari
malah tempiasan habanya juga terasa di malam hari
adakah ini petunjuk daripada Yang Maha Esa
adakah peringatan untuk hamba-hamba-Nya
dan mungkin juga ujian Allah terhadap hamba-hamba-Nya

keadaan cuaca yang terik begini mengundang pelbagai penyakit
akibat dari perubahan suhu yang semakin meningkat secara mendadak
kondisi badan agak terkejut dengan perubahan ini
demam, selsema, batuk bagaikan mengambil tugas masing-masing

inilah keadaan ku sekarang
dengan penyakit yang datang singgah di badanku
aku terasa amat lemah
tetapi ku gagahi jua untuk mengubatinya
berusaha dan berserah pada Allah
sesungguhnya Allah yang memberinya dan pada-Nya jua terdapat penawar
sangat bersyukur dengan ujian ini
ini tandanya Allah masih sayang padaku
walaupun hamba-Nya ni banyak melakukan kesilapan
kadang-kadang alpa dengan kewajipan sendiri terhadap Penciptanya

dengan ujian yang kecil ini mampu memberi peringatan padaku
memberi kesempatan padaku untuk memunasabah diri agar tidak terus leka
agar tidak terus hayut
ampunkan dosa-dosa hamba-Mu ini
ampunkan dosa-dosa seluruh muslimin muslimat
hanya pada-Mu hamba-Mu ini berlindung
keampunan-Mu akan ku cari sehingga akhir nafasKu



**banyakkan minum air masak
***jangan kerap keluar rumah (jangan main ditengah2 panas)
****makan ubat dan banyakkan berehat di dalam rumah
*****banyakkan berdoa dan membaca Al-quran


Wednesday, December 8, 2010

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun - SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1432

Selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua umat islam di seluruh dunia.... :)
walaupun sudah lewat sehari (2 Muharam 1432H) tetapi masih belum terlambat untuk mengucapkannya.
dan masih belum terlambat untuk membuat azam tahun baru.
cuma sudah terlambat untuk membaca doanya.
masih boleh (sentiasa boleh) berdoa pada Yang Maha Esa, 
agar sentiasa berada di bawah lindunganNya...amin.

semoga kehadiran tahun baru ini memberi nafas baru untuk kehidupan yg tidak diketahui penghujungnya.
hidup yg sementara ini agar dapat kita penuhi dengan perkara2 kebaikan.
agar di akhirat kelak kita dapat kehidupan yang lebih sempurna.
InsyaAllah, Allah itu Maha Penyayang.


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"




DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

**untuk rujukan dimasa akan datang. InsyaAllah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. :)









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Eby nak keluar

Eby nak keluar

Eby nanyang

Eby nanyang

Oyen tido

Oyen tido

My Oyen

My Oyen

Nyanyau tgh makan

Nyanyau tgh makan

Nyanyau comey tido

Nyanyau comey tido

Nyanyau masa kecil

Nyanyau masa kecil

mY nYanYaU

mY nYanYaU
kucing peliharaanKu...