masih berpeluangkah untuk merasainya?
mungkinkah kebahagian ini akan datang setelah musibah melanda?
siapakah yang mengetahui kehadirannya?
diri ini sungguh kerdil untuk mengharapkan keindahan sebuah kebahagian.
tetapi tidak mustahil kebahagian dapat dimiliki.
setiap insan berhak untuk merasainya.
jangan dicari kesempurnaan untuk mencipta kebahagian.
kerana ia tak kan pernah wujud dalam diri yang bergelar manusia.
kesempurnaan adalah milik ALLAH S.W.T.
mungkin kita hanya mampu mencuba dan menjadi yang paling hampir sempurna pada sesorang.
mampukah kita melakukannya?
layakkah kita mencipta kesempuraan itu?
tetapi kebahagian juga boleh dikecapi dengan secebis kesempurnaan.
memohon pada Yang Esa.
hanya padaNya kita boleh mencari kesempuraan itu.
seterusnya memiliki kebahagian itu.
nikmat kebahagian yang pernah singgah.
jangan la ia dipadamkan dengan sedikit ketidaksempurnaan yang wujud.
ini akan menjadikan kita insan yang tidak bersyukur.
insan yang tidak reti menghargai.
adakah ini akan disukai ALLAH?
jawapanya pasti tidak.
carilah kebahagian itu selagi hayat dikandung badan.
kebahagian itu hadir dengan keredhaan ALLAH pada hambaNya.
oleh itu, burulah keredhaan ALLAH dahulu.
pasti kebahagian akan menyusul kemudian.
janji ALLAH itu pasti.
rancangan ALLAH adalah sebaik-baik rancangan untuk hamba-hambaNya.
hidup ini hanya sementara.
segala nikmat hanyalah dipinjamkan ALLAH pada hambaNya.
dengan sekelip mata nikmat itu boleh hilang.
maka kita wajib mensyukuri nikmat ALLAH.
**gambar hiasan
No comments:
Post a Comment