tetapi kuasa cinta mereka sangat kuat dan teguh hinggah membawa ke pernikahan.
mereka tetap dengan keputusan walaupun mendapat halang daripada orang tua ibu.
halangan yang dikira tidak berperikemanusiaan kerana pangkat dan harta yang menjadi ukuran.
akhirnya ibu melahirkan 2 orang puteri.
dia adalah puteri yg bongsu dan mempunyai seorang kakak.
walaupun kakaknya tidak pernah mengakui dia adik.
entah dimana silapnya.
sehinggalah kawan lelaki kakaknya menghantar wakil untuk meminang.
hatinya gembira kerana dia akan mendapat abang ipar.
tapi sangkaan dia meleset.
yang dipinangkan adalah dirinya bukan kakak.
rupa-rupa lelaki itu sudah jatuh cinta pandang pertama padanya.
tetapi sedikit pun dia tidak sedar kehadiran cinta itu.
dia selalu menidakkan apa yang hadir kerana baginya lelaki itu untuk kakaknya.
tetapi akhirnya dia terima kerana hati dia juga terusik dengan kehadiran lelaki itu.
kesungguhan yang dipamerkan hanya untuk memenangi hatinya bukan kakak.
cinta yang berputik antara mereka amatlah indah.
tetapi keindahan itu diduga Allah.
inilah ujian berumah tangga.
ada pasang surutnya.
kesetiaan dan kejujuran suaminya diuji.
di sinilah dia perlu kuat untuk menghadapinya.
dia tidak akan membenarkan perkahwinannya tergadai ditengah jalan.
kesedihan dia sewaktu kecil hidup tanpa kasih sayang seorang ayah membuat dia lebih tabah mengahadapi ujian ini.
tidak akan sesekali membenarkan anaknya merasakan pekara yang sama.
dia memohon kekuatan dari yang Maha Esa untuk mempertahankan mahligainya.
inilah kuasa Allah.
setelah hambaNya berusaha dan tabah mengadapi ujian-Nya, kebahagiaan pasti milik hamba-Nya.
No comments:
Post a Comment