Pertunangan dia dengan sesorang yang menyayanginya amatlah mengembirakan hatinya.
Seluruh keluarga terutama ayah dan emaknya bersetuju dan merestui pertunangan itu.
Hatinya amat lega sekali, lelaki itu dirasakannya amat menyintai dan menyayanginya kerana sanggup menerimanya.
Walaupun dia mempunyai kerjaya yang agak kurang dilakukan oleh seorang wanita.
Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Pertunanganya dilanda badai.
Mampukah dia mempertahankan hubungan ini?
Dia amat menyayangi lelaki itu tetapi dugaan dari Allah sesiapa pun tidak dapat menduga.
Cinta lelaki itu sudah mula beralih arah.
Apakah puncanya? diakah penyebab semua ini berlaku?
Dia keliru...
Dan akhirnya dia pasrah dan percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Walaupun pahit dia tetap redha dengan ketentuan Allah.
Takdir Allah tiada siapa yang mampu menghalang.
Lelaki itu memilih untuk putuskan pertunangannya.
Dan memilih wanita lain sebagai pengantinya.
Wanita yang dirasanya tidak baik oleh kawan-kawannya.
Tetapi lelaki itu tidak mengendahkan pandangan orang lain.
Baginya wanita itu amat pandai melayannya.
Apa pun lelaki itu sudah tersalah langkah.
Wanita yang dianggap lebih baik dari tunangnya itu, adalah seorang wanita yang amat tidak berperikemanusian.
Lelaki itu bagaikan sudah memilih kaca dan telah membuang sebutir permata yang amat bernilai.
Allah telah menemukan dia dengan seorang lelaki yang lebih baik dari bekas tunangnya.
Lelaki yang bertanggungjawab dan yang paling penting kasihnya tidak berbelah bagi padanya.
Dia panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah yang telah menghadiahkan sebuah pelangi yang cantik setelah hujan yang lebat turun membasahi hidupnya.
Inilah lumrah kehidupan
Berbuat baik akan dibalas baik dan berbuat jahat akan dibalas jahat.
Begitulah jua wujudnya syurga dan neraka.
Inilah hukum alam...
**ulasan dari sebuah novel
No comments:
Post a Comment