Seorang anak kecil yang kehilangan ibu bapa sewaktu usianya masih amat muda untuk mengenal erti sebuah kehidupan.
kebahagiaannya di ragut sekali gus seluruh semangatnya dibawa pergi.
Hanya pada keluarga pakcik sedara tempat dia bergantung nasib.
Kesyukuran terhadap Allah memberikannya merasai kebahagiaan di dunia ini lagi.
Ibu bapa saudaranya amat menyayanginya dan dijadikan anak angkat keluarga tersebut.
Ini juga atas amanat yang ditinggalkan oleh bapanya.
Setelah dia mengenali erti kehidupan yang sebenar.
Selepas itu jua dia mengenali cinta.
Dia menyintai sepupunya sendiri.
ahh...berdosakah dia?cinta hadir tanpa diduga.
Balasan cinta yang diharapkan cuma tinggal kenangan.
Hasratnya hanya dipendam di dalam hati.
Kesanggupan keluarga sepupunya menerima dan menjaganya pun sudah memadai
dan berterima kasih atas kasih sayang yang diberikan padanya.
Walaupun dia hanyalah anak angkat sahaja.
Keputusan yang amat besar telah diputuskan oleh ibu dan ayah angkatnya.
Dia hanya menuruti hasrat kedua orang tua angkatnya.
Tetapi di dalam hatinya berbunga girang.
Kerana itulah juga hasrat hati yang sebenar.
Pernikahan dia bersama lelaki yang dicintai amatlah ditunggu-tunggu.
Tetapi disebelah pihak tidak dapat menerima keputasan keluarganya itu.
Kekeruhan melanda.
Dengan keterpaksaan sepupunya bersetuju.
Kerana tiada jalan lain untuk dia mengelak lagi.
Seperti yang dijangka, hidupnya tidak seperti pasangan lain yang berkahwin.
Pada zahirnya saja dia sudah bersuami.
Tetapi cinta suaminya tidak pernah dimiliki.
Dia hanya memendam perasaan.
Berdoa dan berharap mungkin masih ada sekelumit cinta untuknya.
Segalanya pahit dan getir dilaluinya.
Sepanjang perjalanan perkahwinannya tak pernah rasa bahagia.
Hanya penghinaan dan penyeksaan yang dia terima dari seorang lelaki bergelar suami.
Kesakitan itu tidak pernah dia bercerita pada orang lain.
Segalanya ditanggung sendiri.
Segalanya dirahsiakan.
Allah itu Maha Adil
Setelah sebuah tragedi yang berlaku pada suaminya.
Pendiriannya sedikit pun tidak berubah.
Dia tetap menjalankan peranannya sebagai seorang isteri yang taat.
Menjaga suaminya dengan penuh kasih sayang.
Tetapi cintanya pada lelaki itu sudah surut.
Tidak lagi mengunung seperti dahulu.
Hatinya cukup terluka.
Parutnya amat dalam sekali.
Setelah mendung berpanjangan.
Akhirnya sinar bahagia seakan menjelma.
Suaminya mula menyedari kesalahan yang dilakukan.
Cinta pada isterinya mula menyubur.
Kelakuannya juga turut berubah.
Kasihnya kian bertambah.
Apa yang diharapkan cuma kemaafan dari isterinya.
Dan ingin membina kembali rumah tangga mereka yang retak menanti belah.
Tetapi hasratnya itu masih dalam simpanan hatinya.
Hatinya hancur luluh apabila isteri yang mula dicintai dan disayangi
pergi meninggalkannya.
Duganya wanita itu tetap akan berada disisinya.
Sangkaanya meleset.
Dia pergi membawa hati yang masih berbekam.
Anak yang dikurniakan membuatkan kasih mereka masih bertaut.
Walaupun berada jauh dari pandangan mata.
Tetapi ikatan yang terjalin tidak dapat diputuskan.
**hasil ulasan sebuah novel
No comments:
Post a Comment