Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

Laugh



Dad to Tintumon: When I beat you how did you control your anger?
Tintumon: I start cleaning the toilet.
Dad: How does that satisfy you?
Tintumon: I clean it with your tooth brush.


Dad: Do u know how 2 swim?
Tintumon: No.
Dad: A dog is better than u! It can swim.
Tintumon: So do u know how 2 swim?
Dad: For sure!
Tintumon: Then, what's the difference between u and a dog?


Tintumon called FM radio & said
"I've found a purse with Rs.15000/- a credit card & an ID card of Mr.Mani, No.13,Halls rd,kannur….
Radio jocky : How honest ….so you want to return his purse…?
Tintumon : no……. i just wanted to dedicate a sad song for him…


Father and tintumon were standing in front of the tiger's cage at the zoo.
The father was explaining how ferocious and strong tigers are, and tintumon was taking it all in with a serious expression.
"Dad," tinumon said finally, "if the tiger got out of his cage and ate you up …"
"Yes, son?" the father said expectantly.
"What bus should I take home?" Tintumon finished.


Tintumon was asked to write a sign board for the traffic near the school.
He wrote"Drive carefully! Don't kill the students, wait for the teachers"


Prof.: Chemical symbol of Barium?
Tintumon:BA
Prof.: For Sodium?
Tintumon:NA
Prof.: What will we get if 1 atom of Barium & 2 atoms of Sodium combines?
Tintumon:"BANANA"

The principal was annoyed by the noise during the assembly program.
“There seem to be several idiots in the auditorium this morning,Wouldn’t it be better to hear one at a time?”
Tintumon shouted, “Okay – you start.”

Teacher: Imagine u r a millionaire. Write ur life history.
Tintumon didn’t write.
Teacher: why are you not writing?
Tintumon : I’m waiting 4 my secretary 2 take notes….



PASSIVE VOICE

teacher: Write the passive voice of " I made a mistake"
Tintumon: " I was made by a mistake"


PROFESSOR

A professor to tintumon: "what is attention deficit hyperactive disorder?"
Tintumon: "JIMBALAKDI PAMBA"
professor: "I don’t understand anything"
Tintumon: "same 2 you"


PTA Meeting

Tintumon: Dad, there is a small PTA meeting at school tomorrow…..
Dad: Wat do u mean by a small PTA meeting ?
Tintumon: its… just u, me & the Principal !


Techy Tintumon

Teacher: Write a C program to prevent TITANIC from sinking..
Tintumon:Declare the variable TITANIC as float…!

A day spent without laughter is a day wasted
.



**thanks padma...

Tayar kereta

sy lah pengguna kereta terhebat...hahaha
lihat tayar kete ni..cian tayar ni...
dah terluka badan dia barulah tuan dia nk tukar...
tolong jangan jadikan contoh eh kawan2...hehehe..
peringatan pd sume pengguna2 tayar sekalian, jagalah tayar anda sebaik mungkin.
demi keselamatan semua...hehe



**sgt bahaya...huhu..bawa kete pon goyang2..haha..

Friday, July 15, 2011

Ikan Ayam???

ikan ke ayam ni???
pelik tapi benar... ikan ni name dia ayam...
so dlm banyak2 ayam, ayam ape yg idup dlm laut, jawapan dia ikan ayam...hahaha
sangat terkejut menjumpai spesis ikan ini dekat pasaraya NSK.
bersize besar, berkulit tebal, bermulut kecik and rupe dia agak pelik berlainan dgn ikan2 yang biasa kite makan.
rasa dia x tau la rasa ikan or rasa ayam...2 -in-1 kot...
sangat teruje and ckp dgn abah, abah pengang ikan ni jap nk amik picture dia...hehehe
inilah rupe dia...

**ade sape2 penah makan ikan ni x???


**abah offer nk beli x ikan ni???hahaha...mmg x la, sy x mkn ikan pelik2 and besar2...
(saje2 je tanya abah ni...haha)

Thursday, July 14, 2011

Chocolate sedap

buah tangan dari Bergen, Norway...
my teammate outstation to Bergen for 2 weeks...org-org hebat slalu la keje kt luar kn...
bila makcik ni nk jd hebat mcm diaorg eh...hahaha...
InsyaAllah one day...sooner or later the dream will come true...amin..


Friday, July 8, 2011

Ikan Keli Gergasi

Hahaha...sapa mau??? angkat tangan... lai..lai..goreng pon sodap ni...hehehe
wat kenduri pun ckup...masak goreng berlado...hehe

mmg terkejut tengok ikan ni...
sbb abah masuk kan dlm kolam anak2 ikan keli ni same besar je..tup..tup...sekor ni terlebih besau plak...
mana datang pon xtau..wallahualam..
berbeza sgt dengan kawan2 dia yg lain... adoi rasenya bg makan yg same je sume... xde special treatment pon...haha.. ganas betul ikan ni... 





Thursday, July 7, 2011

Pasport Malaysia


Hello kawan-kawan...
tetibe nak share pada sesapa yang berhajat nak pegi buat pasport Malaysia ni..
tidak lah sesusah mana pun tapi pada sesapa yang tak berapa familiar dengan urusan-urusan formal mcm ni rasa mcm gelabah jugak la..huhu..

urusan akan bertambah senang jika sume document yang diperlukan sudah disediakan awal-awal. so tak de la kelam kabut kan.

bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pasport:

- gambar berukuran passport :: 

dah lame beno makcik x amik gambar dlm studio ni...hehe..ckp dgn uncle tokey kedai tu... 
"uncle, sy nk amik gambar pasport boleh uncle.... boleh2..tapi sy nak cepat, boleh uncle?....boleh2..sekarang sume gambar siap cepat maa...hahaha...." 
mana la makcik tau...dolu2 2,3 hari baru leh collect...min 4 keping RM12 + 1 cd tuk softcopy gambar tu...
tapi makcik x nk bazir duit, makcik bg je la pendive..hahaha..jimat wet den..

- borang untuk buat pasport ::

borang leh download dari website imigresen je...lagi elok download awal2 then isi siap2 sebelum pegi kat jabatan imigresen malaysia. lagi senang kan...tapi bg sesape yg umah dia sekangkang kera je dengan jabatan tu leh la amik trus kt sane so dapat la borang yg ori...tapi borang download ni still valid dun worry...makcik dah testing2...hehehe.

- bawa I.C yg original
- photostat I.C
- search Jabatan Imigresen Malaysia yg berhampiran :: 
carilah yg paling dekat kan sonang nk pegi and balik...hehe.. biasa la slalu tempat2 mcm ni senantiasa penuh dengan orang ramai. so kena la dtg awal2 pagi, lau boleh sebelum dia buka lg dah leh terpacak depan pintu dia dah..tu lg bagus lah...hahaha... melainkan anda mmg suka nak berkelah dekat situ kn..so datang lambat2 pun ok je...huhuhu

- datang beratur amik no giliran (seperti dlm gambar bwh ni eh...hehe)
slalunya time kite beratur tu nnt ada org dia dtg check tanye sume document2 dh lengkap ke belum...



- weekend pun buka... sabtu dan ahad tapi sampai jam 1.00pm sahaja...sangat bagus bagi org2 berkerjaya opis hours...

- then after menunggu dan akan dipanggil ke kaunter2 berkenaan.
- lepas bayar, dia bg resit then kena tggu pasport tu siap dlm masa 2 jam sahaja.
tapi makcik punye dlm 1 jam je dh siap...hehe..maybe x ramai sgt org kot..
TADAAAA....dh dapat...huhuhu




Udang & Ayam Paprik

Salam semua...
weekend hari tu baru berkesempatan main masak-masak...huhu..
menu hari cuti special sikit --> UDANG&AYAM PAPRIK
yummy...
sedapkah??? mestilah...hahaha (masuk bakul angkat sendiri)
tapi serius adik yang ckp :::: adik --> kak sedapnya..lau masak hari2 mcm ni boleh tak??
                                          aku --> hahaha...pokai la akak hari2 nk makan sodap je..

mak balik dr kmpung ckp ::: mak --> ni akak masak ke beli?
                                           aku --> hahaha...macam beli ke mak? mak penah beli ke lauk mcm ni?
                                                        tak kn jumpe kat kedai mana2.. (hehehe....berlagak giler)

sebenarnya ni la lauk kegembaran sume...UDANG -- masak pape pon sodap...hahaha
tapi penyakit keturunan yg pantang jumpe seafood membataskan kegembaran ni...
sesekali boleh la nak makan...lau selalu tanggung sendiri akibatnya...hehehe..



**panas2 masih dlm kuali yg cantik ni...haha

** dah siap dihidang...sedia untuk dilapah...hehehe


Bahan-bahan utama:
- udang bosa (bak kate adikku..biar adik yg pilih udang ni...haha)
- isi ayam (amik bahagian dada sangat sesuai)
- kacang panjang
- karot

bahan untuk perencah:

- bawang merah
- bawang putih
- halia
- lengkuas
- cili kering
- cili padi
- serai
- ikan bilis (skt saja penambah perasa)

**blend sume bahan2 tadi.

untuk tumis: tambah bwang puti and serai ketuk
optional : masukkan daun ketumbar (ala-ala thai...huhu)

Sunday, July 3, 2011

Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita!!!

****************************************************************************** *
Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
******************************************************************************
1. Ayahnya 
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?...pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya 
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya 
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat  kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu  perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya....maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."

SETELAH MEMBACA NYA SAMPAIKAN PULA KEPADA SAHABA-SAHABAT ANDA YANG LAIN, UNTUK MEREKA PULA RENUNGI MESEJ INI.

Friday, July 1, 2011

Andai itu takdirNya - aku redha.

First of all, honestly speaking. This is the best novel i ever read.

Ceritanya yang sangat rapat dengan kehidupan harian kita di muka bumi Allah ini.
pelbagai pengajaran yg boleh kita simpulkan dr cerita ini. segala yg tersurat dan tersirat adalah ketentuan Yang Maha Esa.Tiada siapa pun yang mampu mengubahnya. Sebagai manusia yang hidup di alam reality, wujudnya sebaik-baik manusia dan tidak kurangnya sejahat-jahat manusia.
hanya kita saja yang mampu mengubah diri kita sendiri. berubahlah demi kebaikan diri dan orang-orang tersayang. segala penyesalan dikemudian hari tidak akan ada gunanya.selagi kita bernafas selagi itulah pintu taubat masih terbuka. inilah bukit kebesaran Allah yang amat mengasihi umatNya.

Penderitaan yang dilalui sedikit sebanyak menjadikan dia tabah menghadapi segala dugaan Allah padanya.
Dia tidak sesekali menyalahkan takdir yg menimpa dirinya. kewajipan dia sebagai isteri dan ibu tetap dijalankan walaupun pahit untuk dilaksanakan.bagaikan tiada sinar bahagia buat dirinya. segala kedukaan dan penderitaannya akan dikongsi dengan Yang Maha Esa.
baginya Allah Yang Maha Mendengar dan Mengasihani. Hanya padaNYa dia meminta pertolongan.
ujian ini tidak ubah sebagai peringatan untuk umat yang dikasihiNya agar senantiasa bertaqwa kepadaNya.
hidupnya semakin kuat kerana wujudnya permata hati dlm hidupnya dan kerana anak jua la dia bertahan untuk mengadap sang suami yang sukar ditafsirkan tindakannya.
dia mempertaruhkan juga hidupnya kepada sang suami demi anak yg dikasihi kerana dia tahu bahawa hidupnya tidak akan lama di dunia ini.
begitu sukar rintangan yg dihadapinya. pengorbanannya sangat besar. tidakkah sang suami mempunyai belas kasihan terhadap isteri sendiri.
mungkin tiada cinta antara mereka tetapi dimanakah belas kasihan sesama manusia dan sesama islam.
akhirnya cintanya lahir juga di dalam hatinya. cinta yang suci yg amat mahal harganya.

Allah akan menghadiahkan sebuah pelangi yang indah setelah Dia turunkan ujan yang lebat.



**Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang bakal diucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan bandingkan dengan akibat yang akan diterima??

Tuesday, June 28, 2011

Permata Hati

Dilahirkan dengan mempunyai kesempurnaan fizikal yang amat menarik.
sama-sama cantik dan hensem bagai merpati dua sejoli.
tetapi kesudahan jodoh mereka telah ditentukan oleh ibubapa mereka sendiri. masing-masing tidak berkata apa dengan cadangan ibubapa mereka.
bagi mereka jodoh pilihan ibubapa sudah tentu dari kalangan orang yang baik-baik. setelah akur dengan permintaan ibubapa masing-masing, mereka telah menetapkan tarikh yang penting untuk mengikat tali pertunangan.
masing-masing sudah dibekalkan gambar pasangan yang bakal mereka miliki tetapi sayang mereka mengambil keputusan untuk tidak melihat gambar tersebut atas alasan biar cinta mereka bukan atas dasar rupa paras semata-mata.
ketentuan Allah untuk menguji hamba-hambanya di muka bumi ini, secara tidak sengaja syam telah terlihat gambar perempuan pilihan keluarganya yang bakal menjadi isterinya.
syam terus membatalkan keputusannya untuk bertunang dengan alasan dia tidak dapat terima ariana. ini kerana peristiwa dulu yang melihatkan kekasaran wanita itu dengan seorang lelaki.
bermati-matian dia tidak bersetuju dengan pilihan keluarganya.

inilah pepatah mengatakan kalau dah jodoh takkan ke mana. syam jatuh cinta dengan ariana tanpa dia sedari.
tetapi pelbagai dugaan bagi mendapatkan cinta ariana setelah wanita itu ditolak bulat-bulat tanpa mengenalinya dengan lebih dekat.
tak kenal maka tak cinta, itu lah dia betapa ironinya cinta. dapat menggubah perasan benci menjadi sayang. setelah pelbagai ujian dan dugaan mereka akhirnya bersama.
segala kedukaan terpaksa dia lupakan untuk mencari sebuah kebahagiaan. keegoaan juga perlu digugurkan demi cintanya kepada ariana.



***jangan sesekali membenci sesama manusia, mungkin perasaan itu boleh bertukar menjadi sayang jika Allah mengkehendakinya.

Monday, June 20, 2011

Selamat Hari Papa

SELAMAT HARI BAPA

semalam sambutan hari bapa sedunia. sambutan hari bapa ni tidak la disalahertikan eh..
bukan hari bapa ni satu hari je kite kena ingat pada bapa kite kn..hari-hari kite kena ingat pada mereka. kena ingat segala jasa mereka seumur hidup kite. sama juga la dengan sambutan hari ibu. kedua-dua ibubapa kita kena ingat mereka dan senantiasa mendoakan mereka. bukan pada hari-hari tertentu saja. Cume bersempena hari-hari ini ada hari-hari yang telah ditentukan sambutannya, jadi x salah hari ini kita membuat satu kejutan untuk mereka. so kami decide belikan abah cake je..walaupun abah x brapa suke makan cake.
(abah suke cake secret recepi choc.indulgence...hehe)


** tengok la ape tuan kedai ni tulis... PAPA..hehe..
selamat hari bapa...


** beria2 abah potong kek tapi makan sikit je..huhu..


**i love u abah...
***thanks for everythings...



Thursday, June 9, 2011

Setiap Jumaat

Bermastautin di negara org membuatkan dirinya amat menghargai negara kelahirannya.
hujan emas di negara org hujan batu di negara sendiri.
inilah yang dirasakan saban hari.
apa pun dia harus tempuhinya hingga tamat pengajiannya di Jepun.
pelbagai dugaan yang dihadapinya dari masalah keluarga, persahabatan dan hinggalah ke masalah percintaan.
setelah semua yang berlaku dia mengambil keputusan untuk menetap di Jepun dan bekerja di sana.
setelah beberapa tahun menetap di negara orang.
dia bertemu dengan seseorang yang boleh bertutur bahasa ibundanya.
rupanya lelaki itu berasal dari negara yg same dengannya.
rasa rindu dengan negara sendiri.
ketika bersama dengan lelaki itu, dia rasa amat gembira kerana dia boleh berborak dengan bahasa yang sama, boleh meluahkan apa2 sahaja kerana lelaki itu tetap akan menjadi pendengar setianya.
dan setiap jumaat seolah2 mereka sudah berjanji akan bertemu di bawah sepohon pokok ceri.
setiap jumaat, lelaki itu akan berada di situ sebelum ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat jumaat.

setelah beberapa bulan berbual-bual dengan lelaki itu.
hatinya mula rasa lunak dengan lelaki itu dan begitu juga yang dirasai oleh lelaki itu.
rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan.
cume dia cepat tersedar bahawa pengalaman putus cinta dulu membuat dia rasa serik untuk bercinta. akhirnya mengambil keputusan untuk berkawan sahaja. tetapi hatinya tetap merindui lelaki itu.

kepulangan dia ke malaysia setelah beberapa tahun di negara orang membawa diri.
akhirnya dia tahu marahnya tidak akan berkesudahan jika dia tetap melarikan diri dari keluarganya sendiri.
keputusan yang amat mengembirakan seluruh keluarganya, terutama emaknya yang saban hari merindui anaknya itu.
tetapi di dalam kegembiraan masih ada seseorang yang sedang bersedih menanti dan terus menunggu dia di bwah sepohon pokok.
lelaki itu tidak tahu bahawa dia sudah pulang ke tanah air.

Dengan kuasa Allah, akhirnyanya mereka bertemu semula di malaysia.
pertemuan yang tidak disangka-sangka itu, membawa ke jinjang pelamin.
itulah yang telah tersurat jodoh mereka bersama. walaupun sudah banyak kepahitan yang dilaluinya tetapi dia tetap yakin dengan rancangan Allah buat dirinya.
Dan kini Allah menghadiahkan dia seorang suami yang amat mencintai dirinya.
segala masalah dia dengan family dan kawan-kawan berakhir dengan kegembiraan.
dia redha dengan segala-galanya.


**gambar hiasan -- indahnya ciptaanMu...


**aku redha dengan takdirMu Ya ALLAH...

Wednesday, June 8, 2011

Takdir Allah

Takdir Allah tiada siapa yang mampu halang dan tiada siapa boleh menjangka apa yang akan terjadi pada masa hadapan.
Inilah yang dinamakan qada' dan qadar ALLAH S.W.T.
Dia Yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui.
Takdir Allah ada yang kekal dan ada yang dapat diubah bergantung pada usaha dan doa hamba-hamba-Nya.

Sebagai contoh, rezeki seseorang sudah ditetapkan sejak dia lahir dimuka bumi Allah.
Rezeki itu akan bertambah jika usaha yang lebih dan doa yang tidak putus-putus pada Allah.

Dalil tentang kematian sudah ditentukan adalah surah Ali- Imran ayat 185 :
“Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah,sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya”.

Tentang jodoh yang telah ditentukan adalah surah Ar-Rum ayat 21 :
“Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir”.

Adapun tentang telah ditentukannya rezeki kita adalah surah Saba' ayat 24 :
“Katakanlah (Muhammad), “Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi?” Katakanlah, “Allah”.

Jika kematian, jodoh dan rezeki sudah ditentukan, lalu mengapa kita berdoa dan berusaha untuk mendapatkannya?

Jawabnya adalah :

Pertama, berusaha dan berdoa adalah ciri khas manusia yang membezakannya dengan makhluk lain. Berusaha dan berdoa adalah bukti bahwa manusia memiliki kebebasan memilih. Ini adalah penghargaan tertinggi Allah kepada manusia, ciptaan-Nya. Jadi ketika kita berusaha dan berdoa sebenarnya kita sedang mensyukuri nikmat Allah (yakni kebebasan). Sebaliknya, orang yang tidak mahu berusaha dan berdoa bererti dia melecehkan dan tidak bersyukur terhadap nikmat Allah berupa kebebasan itu sendiri.

Kedua, kita harus berusaha dan berdoa agar lebih cepat lagi mendapatkan takdir kita, jika takdir itu baik dan sesuai keinginan kita. Jika takdir tersebut tidak sesuai dengan keinginan kita, maka dengan berusaha kita dapat merubah takdir tersebut menjadi takdir yang baik atau sesuai dengan keinginan kita.

Rasulullah bersabda : “Tidak ada yang dapat merubah takdir kecuali doa”.


Dalam peristiwa dimana Umar bin Khatab ra bertanya kepada seseorang yang tidak mengikatkan keledainya sebelum masuk masjid lalu dijawab oleh orang tersebut, “Buat apa diikat? Jika memang takdirnya keledai saya tidak akan hilang?. Lalu Umar ra menjawab :

“Berusahalah dahulu (dengan cara mengikat keledai), baru Anda bertawakal (pasrah dengan takdir)”.

Dalam peristiwa lain, ketika Umar ra mengungsi Madinah karena sedang ada wabah penyakit, lalu ditegur oleh seseorang: “Mengapa engkau mengungsi? Bukankah jika takdirmu tidak akan terkena penyakit, maka engkau tidak akan terkena penyakit?
 Lalu Umar ra menjawab: “Aku berpindah dari takdir yang satu (diam saja) kepada takdir yang lain (mengungsi untuk menghindari wabah penyakit)”.

Jadi berusaha dan berdoa adalah hal yang wajib dilakukan oleh seorang muslim, jika ia ingin mendapatkan takdir yang sesuai dengan keinginannya. Jika pun takdir yang menimpanya tidak sesuai dengan keinginannya padahal ia telah berusaha dan berdoa, maka disitulah letak ke-Maha Bijaksana-an Allah SWT. Sedang kita adalah makhluknya yang bodoh untuk mengambil hikmah dari sebuah peristiwa.

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
(QS. 2 : 216).

**Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...

Thursday, May 26, 2011

Hanya Kerana Cinta

Dia jatuh cinta pada seorang driver!!!
Apa orang akan cakap padanya nanti.
Apa orang akan mengutuk ibunya nanti.
Sungguh kejam orang sekeliling yang menghukum tanpa alasan yang tidak masuk akal.
Salahkan dia?
Dia bukan jatuh cinta dengan seorg bantuan.
Bukan juga seorang pembunuh atau perompak.
Lelaki itu seorang pemandu, pekerjaan yang halal disisi islam.

Cintanya mendapat tentangan hebat daripada ibunya sendiri.
dia seorang wanita yang berpelajaran dan mempunyai kerjaya yang bagus.
tetapi hatinya sentiasa merendah diri.
tidak sesekali dia memilih kawan.
dan pada sesiapa pun dia akan berikan bantuan ketika orang memerlukan.
mulianya hatinya.
baginya cinta itu sangat aneh dan dia percaya dengan takdir Allah.
dia yakin setiap apa yang terjadi adalah atas kehendak Allah.
sebagai umat islam yang berpengang teguh dengan ajaran islam, dia redha dengan siapa dia bertemu jodoh.
asalkan lelaki itu melabuhkan cintanya kepada Allah.
lelaki itu lah yang dia cintai.
dia tidak pernah membeza-bezakan pangkat dan darjat pada seseorang.

Lelaki itu walaupun seorang driver tetapi pandai memasak dan mengemas rumah.
itulah yang dia kagumi pada lelaki itu.
baginya mungkin lelaki itu tidak kaya dan tidak ada pelajaran yang tinggi.
tapi itu semua boleh dicari.
tiada yang mustahil dalam dunia ini.
setelah puas dia meyakinkan ibunya, akhirnya ibunya bersetuju dengan pilihan dia.
kebahagiaan anaknya adalah kebahagiannya.

Rancangan Allah adalah sebaik-baik rancangan.
rupa-rupanya lelaki yg dicintai itu bukan hanya seorang pemandu tetapi seorang yg kaya-raya.
atas nasihat ibu lelaki itu agar dia men cari seorang isteri yg tidak tahu asal usulnya.
maka dia tidak hanya mahukan hartanya tetapi menyintainya sepenuh hati.



**jangan sekali-sekali pandang rendah pada orang lain kerana kita tidak akan selamanya berada di atas.
    mungkin suatu hari nanti Allah akan menarik balik apa yang kita miliki sekelip mata.

Tragedi tanah runtuh di Hulu Langat

salam pada semua. Takziah sy ucapkan pada mangsa-mangsa yg terlibat dalam tragedi tanah runtuh pada 21/05/2011(sabtu). Jutaan terima kasih pada rakyat malaysia yg sangat prihatin dalam memberi sumbangan dan bantuan pada mangsa-mangsa anak-anak yatim madrasah Al-Taqwa.

Sangat menyayat hati bila berita yg ke udara tidak disangka-sangka terjadi di kampung halaman ku.
Malang tidak berbau, dimana sahaja tidak kira sesiapa sahaja jika itu takdir Allah ia tetap akan berlaku.
Allah menurunkan bencana alam bukan sahaja untuk memberi peringatan pada mangsa-mangsa yg terlibat tetapi kepada hamba-hamba yg lain juga. Sama-sama mengambil ikhtibar dengan apa yg telah terjadi.
Agar kita tidak lupa menjadi hamba-Nya yg bertaqwa dan sentiasa berada di jalan-Nya.
Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.

Al-Fatiha untuk mangsa-mangsa kejadian.

Wednesday, May 18, 2011

Sebuah kebahagian yang abadi

Adakah wujud kebahagian ini?
masih berpeluangkah untuk merasainya?
mungkinkah kebahagian ini akan datang setelah musibah melanda?
siapakah yang mengetahui kehadirannya?

diri ini sungguh kerdil untuk mengharapkan keindahan sebuah kebahagian.
tetapi tidak mustahil kebahagian dapat dimiliki.
setiap insan berhak untuk merasainya.

jangan dicari kesempurnaan untuk mencipta kebahagian.
kerana ia tak kan pernah wujud dalam diri yang bergelar manusia.
kesempurnaan adalah milik ALLAH S.W.T.
mungkin kita hanya mampu mencuba dan menjadi yang paling hampir sempurna pada sesorang.

mampukah kita melakukannya?
layakkah kita mencipta kesempuraan itu?
tetapi kebahagian juga boleh dikecapi dengan secebis kesempurnaan.
memohon pada Yang Esa.
hanya padaNya kita boleh mencari kesempuraan itu.
seterusnya memiliki kebahagian itu.

nikmat kebahagian yang pernah singgah.
jangan la ia dipadamkan dengan sedikit ketidaksempurnaan yang wujud.
ini akan menjadikan kita insan yang tidak bersyukur.
insan yang tidak reti menghargai.
adakah ini akan disukai ALLAH?
jawapanya pasti tidak.

carilah kebahagian itu selagi hayat dikandung badan.
kebahagian itu hadir dengan keredhaan ALLAH pada hambaNya.
oleh itu, burulah keredhaan ALLAH dahulu.
pasti kebahagian akan menyusul kemudian.

janji ALLAH itu pasti.
rancangan ALLAH adalah sebaik-baik rancangan untuk hamba-hambaNya.
hidup ini hanya sementara.
segala nikmat hanyalah dipinjamkan ALLAH pada hambaNya.
dengan sekelip mata nikmat itu boleh hilang.
maka kita wajib mensyukuri nikmat ALLAH.



**gambar hiasan


Tuesday, May 17, 2011

Menikmati keindahan alam semulajadi

Inilah nikmat dan kesempatan yang Allah berikan padaku.
Merasai keindahan yang begitu menyenangkan dan menyamankan.
Hati berbunga seperti taman bunga yang sedang mekar kembangnya.
Fikiran terasa sangat lapang dan tenang seperti launtan yang terbentang luas.
Mata sejuk memandang sesejuk embun pagi, sesejuk air sungai yang mengalir deras.
Tidak ada tolok bandingnya keindahan ini ditambah pula menikmatinya bersama orang-orang tersayang.
Nikmat Allah ini bertambah berganda keindahannya.
Sangat bersyukur kerana kesempatan ini hadir dalam hidup ku...








Location: Pangsun, Hulu Langat
Time: 8.00am - 1.00pm
Date: 15 may 2011

Monday, May 16, 2011

Minyak naik... naik minyak...

Minyak naik lagi???
ya!!!
huhu..
bersiap sedialah dengan kenaikan minyak petrol RON-95.

Bila minyak start naik, segalanya akan mula naik
makanan, minuman, tambang bus, tambang teksi, tmbang LRT (apa kaitan dengan minyak ntah..haha),
and dah tentu perbelanjaan harian akan turut naik.
silap haribulan darah pun naik, angin pun naik satu badan...
moga-moga dipermudahkan...

Thursday, May 12, 2011

Kelahiran di muka bumi

Tahun ni ramai yang sedang menanti saat-saat terindah
semuanya rezeki dari Yang Maha Esa.
kebanyakkan adalah penantian untuk kelahiran yang pertama.
inilah saat yang ditunggu-tunggu bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.
inilah pengalaman pertama bagi mereka yang akan bergelar ibu bapa.
setiap insan mungkin akan merasainya.
ia hadir dengan penuh kebahagian.
ia dinantikan dengan penuh kesabaran.
ia datang dengan impian yang menggunung.
dengan harapan ia akan menjadi insan yang baik.
ia seperti kain putih yang kosong.
kitalah yang akan menentukan corak dan warna apakah yang bakal dilakarkan diatas kain putih itu.
tetapi apa yang kita cuba lakarkan tidaklah menjadi penentu penghujung kejadiannya
segalanya terserah pada ia untuk menilai segala kebaikan dan keburukan
oleh itu acuan yang kukuh harus kita sediakan, agar hasilnya tidak mengecewakan
semoga anak-anak yang bakal lahir ini akan menjadi anak yang berbakti pada ibubapa, agama, dan negara.

**gambar hiasan
***inilah yang diimpikan

**gambar hiasan
***comelnya baby ini



**tahniah kepada officemate ku, jeniffer yang selamat melahirkan baby boy
***ada 2 orang bakal menjadi ibu juga( kak shara and kak izatun)
****tak lupa juga kepada kawan baik ku, khairiza(bakal ibu tahun depan)
*****kepada kak iparku cepat2 la dapat baby...hehe
******tahniah2 kepada semua bakal2 ibu dan bakal2 bapa... :)

Tuesday, May 10, 2011

cuaca panas semenanjung Malaysia

**gambar hiasan

terik mentari disaat ini bagai membakar kulitku
mengontangkan air yang berada di dalam badanku
keringat yang mengalir keluar bagaikan tidak mahu berhenti
tekakku semakin perit untuk menelan

cuaca yang mencecah suhu 37 darjah celcius
amat terasa panasnya di siang hari
malah tempiasan habanya juga terasa di malam hari
adakah ini petunjuk daripada Yang Maha Esa
adakah peringatan untuk hamba-hamba-Nya
dan mungkin juga ujian Allah terhadap hamba-hamba-Nya

keadaan cuaca yang terik begini mengundang pelbagai penyakit
akibat dari perubahan suhu yang semakin meningkat secara mendadak
kondisi badan agak terkejut dengan perubahan ini
demam, selsema, batuk bagaikan mengambil tugas masing-masing

inilah keadaan ku sekarang
dengan penyakit yang datang singgah di badanku
aku terasa amat lemah
tetapi ku gagahi jua untuk mengubatinya
berusaha dan berserah pada Allah
sesungguhnya Allah yang memberinya dan pada-Nya jua terdapat penawar
sangat bersyukur dengan ujian ini
ini tandanya Allah masih sayang padaku
walaupun hamba-Nya ni banyak melakukan kesilapan
kadang-kadang alpa dengan kewajipan sendiri terhadap Penciptanya

dengan ujian yang kecil ini mampu memberi peringatan padaku
memberi kesempatan padaku untuk memunasabah diri agar tidak terus leka
agar tidak terus hayut
ampunkan dosa-dosa hamba-Mu ini
ampunkan dosa-dosa seluruh muslimin muslimat
hanya pada-Mu hamba-Mu ini berlindung
keampunan-Mu akan ku cari sehingga akhir nafasKu



**banyakkan minum air masak
***jangan kerap keluar rumah (jangan main ditengah2 panas)
****makan ubat dan banyakkan berehat di dalam rumah
*****banyakkan berdoa dan membaca Al-quran


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Eby nak keluar

Eby nak keluar

Eby nanyang

Eby nanyang

Oyen tido

Oyen tido

My Oyen

My Oyen

Nyanyau tgh makan

Nyanyau tgh makan

Nyanyau comey tido

Nyanyau comey tido

Nyanyau masa kecil

Nyanyau masa kecil

mY nYanYaU

mY nYanYaU
kucing peliharaanKu...