Ceritanya yang sangat rapat dengan kehidupan harian kita di muka bumi Allah ini.
pelbagai pengajaran yg boleh kita simpulkan dr cerita ini. segala yg tersurat dan tersirat adalah ketentuan Yang Maha Esa.Tiada siapa pun yang mampu mengubahnya. Sebagai manusia yang hidup di alam reality, wujudnya sebaik-baik manusia dan tidak kurangnya sejahat-jahat manusia.
hanya kita saja yang mampu mengubah diri kita sendiri. berubahlah demi kebaikan diri dan orang-orang tersayang. segala penyesalan dikemudian hari tidak akan ada gunanya.selagi kita bernafas selagi itulah pintu taubat masih terbuka. inilah bukit kebesaran Allah yang amat mengasihi umatNya.
Penderitaan yang dilalui sedikit sebanyak menjadikan dia tabah menghadapi segala dugaan Allah padanya.
Dia tidak sesekali menyalahkan takdir yg menimpa dirinya. kewajipan dia sebagai isteri dan ibu tetap dijalankan walaupun pahit untuk dilaksanakan.bagaikan tiada sinar bahagia buat dirinya. segala kedukaan dan penderitaannya akan dikongsi dengan Yang Maha Esa.
baginya Allah Yang Maha Mendengar dan Mengasihani. Hanya padaNYa dia meminta pertolongan.
ujian ini tidak ubah sebagai peringatan untuk umat yang dikasihiNya agar senantiasa bertaqwa kepadaNya.
hidupnya semakin kuat kerana wujudnya permata hati dlm hidupnya dan kerana anak jua la dia bertahan untuk mengadap sang suami yang sukar ditafsirkan tindakannya.
dia mempertaruhkan juga hidupnya kepada sang suami demi anak yg dikasihi kerana dia tahu bahawa hidupnya tidak akan lama di dunia ini.
begitu sukar rintangan yg dihadapinya. pengorbanannya sangat besar. tidakkah sang suami mempunyai belas kasihan terhadap isteri sendiri.
mungkin tiada cinta antara mereka tetapi dimanakah belas kasihan sesama manusia dan sesama islam.
akhirnya cintanya lahir juga di dalam hatinya. cinta yang suci yg amat mahal harganya.
Allah akan menghadiahkan sebuah pelangi yang indah setelah Dia turunkan ujan yang lebat.
**Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang bakal diucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan bandingkan dengan akibat yang akan diterima??
No comments:
Post a Comment