salam pada semua. Takziah sy ucapkan pada mangsa-mangsa yg terlibat dalam tragedi tanah runtuh pada 21/05/2011(sabtu). Jutaan terima kasih pada rakyat malaysia yg sangat prihatin dalam memberi sumbangan dan bantuan pada mangsa-mangsa anak-anak yatim madrasah Al-Taqwa.
Sangat menyayat hati bila berita yg ke udara tidak disangka-sangka terjadi di kampung halaman ku.
Malang tidak berbau, dimana sahaja tidak kira sesiapa sahaja jika itu takdir Allah ia tetap akan berlaku.
Allah menurunkan bencana alam bukan sahaja untuk memberi peringatan pada mangsa-mangsa yg terlibat tetapi kepada hamba-hamba yg lain juga. Sama-sama mengambil ikhtibar dengan apa yg telah terjadi.
Agar kita tidak lupa menjadi hamba-Nya yg bertaqwa dan sentiasa berada di jalan-Nya.
Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.
Al-Fatiha untuk mangsa-mangsa kejadian.
No comments:
Post a Comment