**pokok padi
Adik-adik sume dh ada kat rumah. Makin pening mak kat rumah...hehe
Harap-harap diaorang dapat mengisi masa cuti dengan aktiviti2 yg berfaedah.
Tapi weekend hari tu sempat meluangkan masa pulang ke kampung halaman mak di Sekinchan, Kuala Selangor.
Semua ahli keluarga ikut tapi ada sorang je tinggal sebab dia keje sambilan x dapat cuti kat Gino's Pizza ( nak pizza free...hehe)
Sampai kat kampung je bermula aktiviti kami iaitu MEMANCING!!!
(ni sume koje adik plg bongsu...dia suh semua org g teman dia memancing...suko beno...tak paham aku...huhu)
kitaorg pg memancing kat parit je...huhu. Dapat la ikan keli, haruan, puyu dan sepat...
Teman je la diaorang pancing tapi aku setakat pegang pancing 5minit je pastu aku g merayau2,
wat bising kt tepi sawah, main basikal, naik moto ronda2 kg....hehehe.
Sangat seronok sebab dh lama x balik kg time padi tgh menghijau...
Sungguh nyaman dan tenang je...
saat-saat yg sempat dirakamkan:
Then hari berikutnya kami ke tepi pantai pulak. Pantai Sg.Nibong, Pasir Panjang.
Cantik sangat tengok matahari terbenam.
Walaupon air pantai agak surut tapi keindahannya tetap cantik dan tenang saja.
Inilah kebesaran Allah S.W.T. Menikmati keindahan alam dengan hati yg penuh kagum akan
ciptaan-Nya.
Location: Sekinchan, Kuala Selangor
Date : 28 & 29.05.2011
**panjang plak entry kali ni...huhu..
No comments:
Post a Comment