Friday, April 9, 2010
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah
Seorang Executive muda yang berjaya sedang
memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar.
Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta Waja
yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.
Sambil ia memandu perlahan-lahan
ia sedang memerhatikan seorang anak kecil
dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan,
ia memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja
tersebut melintasi kawasan tersebut;
anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul
batu dilontarkan tepat mengena pintu
disebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut
menekan brek sekuat hatinya dan
berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri.
Dengan marahnya dia keluar
dari kereta terus meluru ke arah
Anak kecil, menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang
terletak ditepi jalan dan terus memarahi
Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?
"Apa ni ? Siapa awak ?
dan apa ke jadahnya awak berada disini ?
Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ?
Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut..
Anak kecil itu tunduk sedih,
sayu dan memohon maaf ;
"Saya meminta maaf Pakcik,
Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu.
Saya melontar batu kerana tak ada orang yang
berhenti disini apabila saya panggil".
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut
yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari
kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang
dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong
saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan
anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan
meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik.
Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda
hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong
abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya.
Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta,
WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki.
Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam
kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya
kerana hendakkan perhatian .
Pengajaran
Allah tidak menjanjikan
hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan,
Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan,
menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan
jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan
kelebihan yang sementara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment