Thursday, May 5, 2011

Puding Coktail

huh...
salam semua
dah lame tak menulis di sini
dah lame jgk tak main masak-masak...hehe
tapi kali ni tak masak ape pun
just buat dessert (pencuci mulut) yg sgt senang and sedap
semua orang suka and semua orang gembira...hehe







Bahan-bahan yang diperlukan:

1) Sagu mata ikan (kecil)
2) Susu cair
3) Buah coktail dalam tin
4) Buah laici dalam tin
5) Nata De Coco
6) **tambahan buah mangga dan nenas yang fresh (dipotong dadu)


cara menyediakan:

1) Rebus air sehingga mendidih, kemuadian masukkan sagu yg telah dicuci. 
kacau sehingga pekat dan masak.
2) masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.
3) masukkan bahan (2),(3),(4),(5) dan (6) di dalam satu bekas yg besar. campurkan kesemuanya sehingga sama rata.
4) **tambahan desert ni sesuai di makan ketika sejuk. Oleh itu, boleh la letakkan ais.

**sedia dihidang bersama sagu tadi.
*** sangat sedap dan senang. selamat mencuba. :) 

Thursday, April 28, 2011

Eby yang manja

Setiap pagi rutin harian ku adalah melawat kucing
 kuar saja rumah akan terus pegi kat belakang menjenguk kucing2ku
seperti biasa kalau sempat sebelum pegi kerja aku akan bagi makan pada mereka
tapi pagi tadi tak dapat bagi makan kat Oyen lagi.
sangat sedih
tetapi ada sekor ahli baru mengantikan tempat Oyen upenya
name dia Eby
umur dia baru 1 tahun
Eby adalah kucing spesis British Short Hair
Dia sgt manja



** inilah dia dinamakan setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya**
**Allah hadiahkan sebuah pelangi yang cantik setelah diturunkan hujan yang lebat**
** inilah takdir Allah**
**segalanya telah dirancang dengan sempurna**

Oyen pergi selamanya

Cuaca yang mendung setelah ujan turun membasahi bumi
suasana yang suram dan muram menyelubungi hati
apakan daya diriku ini melawan takdirMu
inilah yang tersurat buatmu Oyen
maafkan aku jika aku tidak dapat membantumu
sesungguhnya aku amat menyanyangimu
 (;-;)

setelah 2 hari Oyen sakit
akhirnya tanggal 27.04.11 Oyen telah pergi
kecian sangat kat Oyen
tak dapat nak bermanja lagi dengan Oyen
Oyen tetap dalam ingatan.




Wednesday, April 20, 2011

Boys over Flower (BOF)

~~~MODE KOREA~~~

Cite dah lama tapi baru berkesempatan nak tengok...hahaha
out dated betul...hehe
ni la penangan apabila sudah berakhir zaman study
bila start duduk rumah dengan family
memang tak ada masa nk menonton citer-citer begini
lagi-lagi apabila sudah berkerjaya (poyo plak ayat ni)

berbalik pada tajuk di atas
citer ni sebijik macam METEOR GARDEN (versionTaiwan)
oleh kerana sy telah menonton meteor garden sebelum ni,
so sy boleh agak jalan citer BOF ni...huhu
so not really suprise and excited nak tengok.
tetapi ku teruskan menonton kerana pakwe2 dalam citer ni ensem2...hehe




**beginilah salah satu cara mengisi masa lapang. walaupun tidak begitu berfaedah, at least u got somethings to learn and little bit release your tension  ;)

Tuesday, April 19, 2011

Bila Hati Menangis

Bila hati menangis...
siapakah yang mengetahui?
tiada siapa yang tahu
hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui
oleh itu, hanya padaNya kita mengadu
dan hanya padaNya ada segala penawar
kerana dia tahu yang terbaik buat hambaNya

kisah silam yang pernah hadir
mungkin tak dapat kita lupakan
oleh itu, yang baik jadikan amalan
dan jahat jadikan tauladan
untuk menjadi insan yang lebih baik di masa hadapan
agar kita bukan tergolong daripada golongan orang yang rugi

mulut manusia tidak pernah puas berkata-kata
hati manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada
munasabah diri adalah jalan terbaik buat semua
agar tidak terpesong dari jalanNya


Thursday, April 7, 2011

Kenapa Sesetengah Lelaki Berubah Setelah Berkahwin?

Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?

SUAMI ITU LELAKI
  • Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran, keberkesanan dan pencapaian.
  • Mereka beri tumpuan kepada benda, objek dan barang demi untuk mencapai kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham, perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.
ISTERI ITU PEREMPUAN
  • Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel dan buku-buku psikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan, perhiasan, fesyen dan kecantikan.
Kenapa Pentingkan Suami Berbual-Bual Dengannya?

1. Sebab, isteri itu seorang perempuan. Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan, bercakap-cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan boleh 'bersembang' atau 'bergayut' pada telefon berjam-jam lamanya.

2. Orang perempuan mahukan 'good listener' bukan 'problem solver'. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat 'tentang' dan 'untuk' diri mereka. Fokus mereka lebih kepada kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting - 'apa perasaan mereka terhadap orang-orang yang mereka temui itu'.

3. Mereka inginkan 'verbal attention' yang boleh membuatkan mereka rasa dikasihi. Bagi mereka, selagi 'penumpuan' dan 'perhubungan' ini dijalin, selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat dijamin. Perkahwinan sebenarnya menyatu-temukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri. Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan isteri tidak berkesan, 'perbualan sihat' tidak wujud.

KESIMPULANNYA:
1. Perbualan antara suami dan isteri dapat mengekalkan ikatan perkahwinan.
2. Perbualan dapat memindahkan maklumat tentang apa yang mereka inginkan, bagaimanakah perasan dan apa yang difikirkan oleh pasangan masing-masing.

Saturday, December 18, 2010

Lihatlah wajah2 meraka yg dikasihi...

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur?

Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur.

Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.

Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.

Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah...

Lihatlah ibu anda...

Hmm...kulitnya mulai kereput dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita.

Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita.

Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu...

Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik , Anak, Sahabat, Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.

Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.

Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur.

Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan.

Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya.

Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini".

Dan penyebab lelah dan penat itu?

Untuk siapa dia berpenat lelah?

Tak lain adalah utk KITA.....

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah.

Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka.

Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "







**semoga diri ini sentiasa mensyukuri nikmat-Nya...

Friday, December 17, 2010

kerana bulu mata

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,

“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”

disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”

Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”

Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”




**seribu penyesalan...smoga semua kesalahan diampuni Allah..

Friday, December 10, 2010

Tudung Biarawati & Tudung Sanggul






**tudung tu x salah, cuma cara pemakainya saja tidak betul.

Thursday, December 9, 2010

Kenali ciri-ciri lelaki PENDERA

1 – Extra romantis
Jangan cair bila pasangan terlalu kerap melontarkan kata-kata romantis seperti ‘abang tak boleh hidup tanpamu’ atau ‘abang akan tetap setia selamanya’ ataupun ‘cinta abang sentiasa mekar untukmu’...

Sebaliknya, cuba berhati-hati dan berfikir dengan waras. Jangan termakan dengan ayat power ‘tangkap leleh’ atau janji manis yang diucapkannya. Perlu diingat, bahawa lelaki yang melakukan kekerasan pada mulanya akan bersikap extra lembut dan penyayang.


2 – Terburu-buru dalam hubungan
Tanda awal yang perlu diperhatikan ialah lelaki ini suka terburu-buru mengajak menjalinkan hubungan dengan lebih serius. Dia selalu kelihatan bersemangat untuk melangkah ke tahap yang selanjutnya lebih ‘advance’ seperti bertunang dan segera menikah, walaupun sebenarnya anda baru saja mengenalinya. Lelaki pendera akan cuba mendesak kerana mereka tahu bahawa mereka tidak dapat mempertahankan perilaku yang baik dan konsisten untuk jangkamasa yang lama.

Jika lelaki ini yang anda temui, tidak salah jika anda berwaspada. Jangan turut brsikap terburu-buru dengan mengiyakan apa saja ajakannya. Fikir dahulu dan ambil lebih masa untuk mengenalinya. Di samping itu, cuba jadi ‘Inspector Gadjet’ untuk mengetahui latar belakang dirinya sebanyak mungkin agar anda tidak menyesal di kemudian hari.


3 – Asyik berbicara tentang diri sendiri
Lelaki pendera gemar berbicara panjang lebar dan apa saja yang menarik tentang dirinya. Dia sebenarnya cuba memancing dengan mengaburi ‘judgement’ anda dengan pelbagai kebaikan yang ada padanya. Tidak mustahil anda berkongsi minat yang sama iaitu bersamanya.


4 – Ambil berat yang berlebih-lebihan
Lelaki pendera benar-benar ingin mendengar tentang semua masalah yang anda alami pada peringkat awal perhubungan. Dia bahkan mungkin mempunyai masalah yang sama dirinya sendiri. Jadi berwaspadalah, dia mungkin melakukan satu dari dua perkara: dia mungkin sedang belajar semua tentang anda dan tidak mustahil satu hari nanti ia akan menjadi ‘push button’ atau senjata yang terbaik untuk memalukan anda di masa akan datang, atau dia mungkin mendorong anda untuk merasakan bahawa sekurang-kurangnya dia memahami apa yang sedang anda alami.


5 – Cemburu buta
Kata orang, cemburu itu tandanya sayang. Kenyataan ini memang ada betulnya, tetapi jika cemburunya tidak keterlaluan. Jika sikapnya melampaui batas, terlalu mengawal, mengawasi, mengongkong anda dan bersikap
cemburu buta yang tidak munasabah, maka anda sememangnya layak untuk berwaspada. Hati-hati apabila pasangan anda asyik cemburu walaupun dengan teman sekerja, teman paling rapat mahupun cemburu dengan keluarga dan saudara-mara anda sendiri.

Selain itu, si dia juga selalu meminta anda meluangkan masa bersama dengannya dan tidak segan silu menagih perhatian anda hanya untuk dirinya sahaja. Dia juga mahu anda report memberikan laporan, ke mana anda pergi, dengan siapa anda keluar, sampai jam berapa dan pendek kata, apa saja yang anda lakukan. Perlu diingatkan, sikap cemburu sebegini boleh menjadikan manusia hilang pertimbangan dan tidak mustahil dia akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan anda sendiri.

6 – Mengawal atau mengongkong
Lelaki pendera lazimnya sangat suka mengawal atau menongkong pergerakan pasangan kerana dia sentiasa memerlukan masa dan perhatian pasangan. Lelaki pendera juga tidak mustahil akan mengawal kewangan kerana dia tidak suka jika pasangannya menunjukkan kemampuan mandiri atau berdikari.


7 – Terlalu emosi
Satu masa dia begitu ceria, gembira dan ramah bercerita, tetapi dalam sekelip mata dia berubah menjadi pemarah, baran dan langsung tidak mahu bercakap dengan anda. Ketika bersama dengannya juga, anda akan berasa tidak bebas. Kebiasaannya anda akan berhati-hati dalam berkata-kata kerana takut tersalah cakap yang akan mengundang amarah besar dirinya. Anda juga rasa keliru dengan sikapnya yang langsung tidak konsisten. Berhati-hatilah dengan lelaki yang bersikap begini kerana tidak mustahil satu hari nanti anda akan menjadi mangsa amarahnya.

Perhatikan bagaimana dia berbicara dengan orang tua anda atau rakan anda. Apakah dia berkasar atau bersikap tidak baik? Lihat juga pola tingkah lakunya. Lelaki yang kasar dalam hubungan sering kejam dalam situasi lain juga seperti melecehkan ahli keluarga yang lain, menyakiti haiwan kesayangan dan seorang ‘road bully’. Atau dia orang yang sama sekali berbeza ketika bersama orang lain di sekeliling anda sehingga dia dilihat seolah-olah mempunyai dua identiti yang berbeza.

8 – Sering merendah-rendahkan
Seharusnya sebagai pasangan, seorang lelaki akan bangga atau memberi sokongan ketika anda menceritakan kejayaan yang anda perolehi. Akan tetapi, berlainan pula dengan lelaki si kaki pendera ini. Dia akan memperlecehkan atau merendah-rendahkan keupayaan anda.

Sebagai contoh, hanya kerana pakaian yang anda pakai tidak kena dengan seleranya, dia mengutuk anda tanpa mengambil kira hati anda, sama ada anda sebagai temanita atau isteri.

Segala kehendaknya juga harus dituruti tanpa kompromi kerana jika tidak, dia akan mengugut dan mengancam. Sikap sebagini sebenarnya memberi kesan kepada pasangan kerana lambat laun, pasangan akan berasa tidak yakin pada diri sendiri. Sekiranya anda tidak mampu bertahan, maka kuatkan semangat, cekalkan hati dan yakinkan diri anda untuk tidak meneruskan lagi hubungan dengan lelaki sebegini.

9 – Tidak boleh dibantah atau dibangkang
Bukan saja kemahuannya harus diikuti, si lelaki pendera juga tidak boleh dibantah atau dibangkang, kerana lelaki jenis ini sukar menerima sebarang penolakan. Jika dibangkang, tidak mustahil anda menjadi mangsanya. Barang rumah dipecahkan, malah dinding dan meja atau kepala anda juga dihentaknya. Ketika ini pasangan akan takut tapi sebaiknya si lelaki pendera akan cepat-cepat meminta maaf dan berjanji tidak mengulanginya. Biasanya dengan pujukannya yang mendayu-dayu, hati pasangan akan cair. Inilah kebiasaan yang berlaku.

10 – Tidak sukar memohon maaf
Lelaki pendera ini memang pandai merayu dan memohon maaf setiap kali membuat kesalahan. Tetapi cara dia memohon maaf atau memberi penjelasan atas sikap salahnya seolah-olah ingin mengatakan bahawa anda turut bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi. Jadi, mahu tidak mahu, anda akan turut merasa bersalah akibat terkeliru dengan alasan penjelasannya.

11 – Sentiasa menyalahkan
Walaupun dirinya yang melakukan kekerasan atau keganasan, namun lelaki ini cuba meyakinkan dengan meletakkan kesalahan tersebut pada orang lain. Lebih serius dahsyat lagi jika dia meletakkan kesilapan itu pada diri anda sendiri iaitu yang menjadi mangsanya. Dia tidak segan silu memberikan apa saja alasan bahawa dia tidak akan melakukan kesalahan itu tanpa didorong atau dipengaruhi oleh orang lain ataupun anda sendiri.


12 – Suka memberi hadiah
Semalam dia memarahi anda dengan seteruk-teruknya tetapi hari ini dia meminta maaf dan menghadiahkan anda dengan barang-barang yang anda sukai. Dia mengandaikan yang dia boleh membeli jiwa hati anda dengan barang-barang hingga anda berasa serba salah dan tidak mahu memarahinya lagi atau terus saja memaafkannya. Lelaki pendera biasanya akan cuba menutup kesilapan mereka dengan mengaburi mata pasangan dengan cara begini.

13 – Hubungan kekeluargaan tidak rapat
Hubungannya dengan ahli keluarganya yang lain tidak rapat atau kurang mesra. Mereka mungkin telah mengecewakannya juga.

Lelaki pendera akan sentiasa memberi helah atau alasan untuk tidak menghabiskan masa dengan rakan-rakan dan keluarga. Dia mungkin cuba untuk menghalang anda menghabiskan masa dengan mereka juga. Semakin dia boleh mengasingkan anda daripada orang lain, semakin kuat ‘penguasaannya’ terhadap anda.

14 – Mempunyai sejarah yang disembunyikan
Lelaki pendera biasanya enggan berkongsi sejarah perhubungan dengan bekas teman wanitanya. Dia mungkin mengelak dengan menceritakan yang buruk-buruk tentang mereka. Jika dia tidak segan silu memburuk-burukkan orang lain, bolehkan anda yakin yang anda tidak akan menjadi mangsa selanjutnya?

Dia juga mungkin pernah mengasari seseorang atau pun mendera diri sendiri. Pelaku biasanya mengulangi perbuatan mereka khususnya terhadap seseorang yang tidak melawan dan boleh dikawal. Lelaki yang pernah didera juga cenderung untuk menjadi pendera.

Tidak mustahil juga lelaki pendera pernah menghadapi masalah penyalahgunaan dadah atau alkohol.

15 – Seperti ada udang di sebalik mee
Lelaki pendera mempunyai sikap ‘seperti ada udang di sebalik mee’ kerana dia mengharapkan pulangan besar daripada ‘pelaburan’nya. Dia mungkin nampak gembira untuk memenuhi keperluan dan keinginan anda sebagai keutamaannya, tetapi tidak lama kemudiannya dia mulai berkata, “Lihatlah semua yang saya lakukan untuk anda anda harus melakukan X, Y dan Z untuk saya...”



16 – Memberi peringatan seperti ancaman
Lelaki pendera sering mengingatkan anda akan kebaikan dirinya, kepentingannya dan betapa beruntungnya anda memilikinya. Walaupun dia mungkin juga mengakui bahawa dia berasa ‘kalah’ ketika dia merasa rendah diri kerana menginginkan anda kembali disampingnya
 


**terima kasih kepada pemberi maklumat ini... agar kita dapat memanfaatkannya. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Eby nak keluar

Eby nak keluar

Eby nanyang

Eby nanyang

Oyen tido

Oyen tido

My Oyen

My Oyen

Nyanyau tgh makan

Nyanyau tgh makan

Nyanyau comey tido

Nyanyau comey tido

Nyanyau masa kecil

Nyanyau masa kecil

mY nYanYaU

mY nYanYaU
kucing peliharaanKu...