Monday, May 9, 2011

I love u

I love u

Segalanya ku curahkan padamu
hanya padamu tempat ku bersandar
kasihmu tidak berbelah bagi
dikaulah kekuatanku
dikaulah kelemahanku
tanpamu diriku tidak bermakna
duniaku penuh dengan warna warni yg telah engkau corakkan
hingga akhir hayatku jasamu tidak dapat ku balas
terlalu besar pengorbananmu
setiap doaku akan senantiasa mengiringmu
sehingga hujung nafasku akan ku berbakti padamu IBU

SELAMAT HARI IBU
SMOGA SENANTIASA DI BAWAH LINDUNGAN YANG MAHA ESA
(ALLAH S.W.T)
AMIN








*mak maafkan sgala kesalahan akak (byk wat salah ni...haha)
**mak adalah segala-galanya...

Friday, May 6, 2011

Jalan-jalan menuju syurga

1) Dirikan SOLAT apabila dengar AZAN walau apa jua keadaan . 
2) Bacalah AL-QURAN & fahamilah maknanya & amalkn zikirullah. 
3) Jangan berdebat.
4) Jangan banyak ketawa kerana dapat mematikan hati. 
5)Jaga peradaban, jangan tinggikan suara dengan kedua ibu bapa atau org yg lebih tua. 
6) Jangan menghina & memandang rendah org lain 
7) Jangan mengungkit akan setiap pemberian kerana ia akan menghapus pahala tersebut. 
wallahhua'lam



**mari sama-sama kita amalkan
***sumber dari seorang ibu yg disayangi...terima kasih makcik aini :)

Thursday, May 5, 2011

kenapa ada kereta manual???

3 MAY 2011
pengalaman pahit
tp tak berapa pahit la....haha
suatu petang dalam kerenyaian hujan
aku pulang membawa "deer" aku yg comey
mula-mula diawal perjalanan pulang aku sgt gembira
sebab jalan seperti biasa saja
tp agak jem juga sebab hujan

bermula la saat kepahitan pada hari itu apabila sampai di tol Batu 9,Cheras
untuk sampai ke rumahku dari situ cuma mengambil masa dalam 15minit sahaja
tetapi siapa sangka siapa jangka
cempedak jadi nangka...haha
perjalanan ku ambil hampir 3 JAM
Ya Allah,
hanya Tuhan saja yang tahu
sakit kaki ni menekan clutch
apa kan daya

mak call tanya kenapa tak sampai2 lagi?
apa lagi mengadu kt mak jalan jem teruk
tak bergerak

sejam kemudian mak call lagi
tanya dah sampai mana?
baru ku tahu apa yang berlaku ketika itu
hujan turun dengan lebatnya di Hulu langat
menyebabkan banjir berlaku
agak teruk banjirnya
paras peha
jalan tenggelam
kete mmg tak boleh lalu
lori2 besar saja yang lepas

Ujian dari Allah pada hamba2Nya
kesabaran ku di uji
apa kan daya tuk melawan takdirMu
spanjang perjalanan tak putus2 ku berdoa
agar kesabaran ku ditingkatkan
agar perjalanan ku lancar
agar ku selamat sampai di rumah

tetapi aku tewas...
kesabaran aku semakin mengurang
kaki ku semakin lenguh
aku mengambil jalan pintas dengan lalu dibahu jalan
dengan kecomelan kete ku lepas la
tetapi tidak kesampaian hajat ku
apabila aku langgar lobang...
stuck kat situ
tak boleh naik
hahahahha...
padan muka aku..

kemudian ada seorang mamat ni turun kete
nak tolong aku
hahaha...tetapi tidak berjaya
at last aku call la abah ku...huhu
dan 1minit kemudian penyelamatku sampai
abang dan adik ku sampai naik motor
hehehe...
soalan pertama abang aku tanya
" yang ko pegi langgar lobang ni asal?"
hahaha... GOOD QUESTION !!!
jawapan dia aku tak nampak sebab hari dah malam gelap
hahaha...

then aku turun kete, abang yg cube setel kan
adik and aku tolong tolak kete tu
and ada sorang mamat pon tolong tolak juga
hehehe...
mesti ramai yang tengok kitaorang tepi jalan
muka aku tak malu pon sebab kepenatan mengatasi sgalanya
hahahaha...
letih tahap gaban...

tolak punya tolak
akhirnya berjaya lepas dari lobang tu
then abang suruh adik aku bawa motor antar aku balik
abang yang bawa kete balik
jalan still jem mcm tadi
huhuhu...

Alhamdulillah tak ada apa yang buruk berlaku
inilah dia cerita ku
lesson learnt today
"BELAJARLAH BERSABAR DALAM APA JUA SITUASI"
hehehe...

**gambar sekadar hiasan


**memandu ni dapat belajar bersabar sebenarnya
***bagi yang tak reti bersabar buruk padahnya...huhu






My Princess

Last week saya berjumpe dengan kawan lama
"uri neun chingu"...hehe
kawan berasal dari Kedah mai KL
sangat happy berjumpe setelah lama tak bersua muka...hehe
oleh itu, banyak story-mory yang kita orang share..
smoga apa yang dihajati oleh "chingu" akan jadi kenyataan
and kita boleh berjumpa slalu... 

kitaorg berkongsi minat yang sama
giler cite korea tp tak de la giler sangat..
then apa lagi, dia jadi pembekal cite2 korea yang agak latest..
al-maklum la mokcik ni ketinggalan zaman sikit...hehe.
agak banyak juga cite2 yang diberi dan dia sungguh beria2 nk mokcik tengok cite korea ni...
cite paling best from her view is ::My Princess::
so that, cite ni la yang mokcik di "PAKSA" tengok...hehehe

tapi mokcik dengan rela hati tengok cite ni...
bcoz i'm enjoy with that..
setelah katam cite BOF,
next story is MY PRINCESS





** mcm biasa la, bila tengok cite korea mokcik akan berangan jadi macam heroin
***bestnya jadi princess...haha

Puding Coktail

huh...
salam semua
dah lame tak menulis di sini
dah lame jgk tak main masak-masak...hehe
tapi kali ni tak masak ape pun
just buat dessert (pencuci mulut) yg sgt senang and sedap
semua orang suka and semua orang gembira...hehe







Bahan-bahan yang diperlukan:

1) Sagu mata ikan (kecil)
2) Susu cair
3) Buah coktail dalam tin
4) Buah laici dalam tin
5) Nata De Coco
6) **tambahan buah mangga dan nenas yang fresh (dipotong dadu)


cara menyediakan:

1) Rebus air sehingga mendidih, kemuadian masukkan sagu yg telah dicuci. 
kacau sehingga pekat dan masak.
2) masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.
3) masukkan bahan (2),(3),(4),(5) dan (6) di dalam satu bekas yg besar. campurkan kesemuanya sehingga sama rata.
4) **tambahan desert ni sesuai di makan ketika sejuk. Oleh itu, boleh la letakkan ais.

**sedia dihidang bersama sagu tadi.
*** sangat sedap dan senang. selamat mencuba. :) 

Thursday, April 28, 2011

Eby yang manja

Setiap pagi rutin harian ku adalah melawat kucing
 kuar saja rumah akan terus pegi kat belakang menjenguk kucing2ku
seperti biasa kalau sempat sebelum pegi kerja aku akan bagi makan pada mereka
tapi pagi tadi tak dapat bagi makan kat Oyen lagi.
sangat sedih
tetapi ada sekor ahli baru mengantikan tempat Oyen upenya
name dia Eby
umur dia baru 1 tahun
Eby adalah kucing spesis British Short Hair
Dia sgt manja



** inilah dia dinamakan setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya**
**Allah hadiahkan sebuah pelangi yang cantik setelah diturunkan hujan yang lebat**
** inilah takdir Allah**
**segalanya telah dirancang dengan sempurna**

Oyen pergi selamanya

Cuaca yang mendung setelah ujan turun membasahi bumi
suasana yang suram dan muram menyelubungi hati
apakan daya diriku ini melawan takdirMu
inilah yang tersurat buatmu Oyen
maafkan aku jika aku tidak dapat membantumu
sesungguhnya aku amat menyanyangimu
 (;-;)

setelah 2 hari Oyen sakit
akhirnya tanggal 27.04.11 Oyen telah pergi
kecian sangat kat Oyen
tak dapat nak bermanja lagi dengan Oyen
Oyen tetap dalam ingatan.




Wednesday, April 20, 2011

Boys over Flower (BOF)

~~~MODE KOREA~~~

Cite dah lama tapi baru berkesempatan nak tengok...hahaha
out dated betul...hehe
ni la penangan apabila sudah berakhir zaman study
bila start duduk rumah dengan family
memang tak ada masa nk menonton citer-citer begini
lagi-lagi apabila sudah berkerjaya (poyo plak ayat ni)

berbalik pada tajuk di atas
citer ni sebijik macam METEOR GARDEN (versionTaiwan)
oleh kerana sy telah menonton meteor garden sebelum ni,
so sy boleh agak jalan citer BOF ni...huhu
so not really suprise and excited nak tengok.
tetapi ku teruskan menonton kerana pakwe2 dalam citer ni ensem2...hehe




**beginilah salah satu cara mengisi masa lapang. walaupun tidak begitu berfaedah, at least u got somethings to learn and little bit release your tension  ;)

Tuesday, April 19, 2011

Bila Hati Menangis

Bila hati menangis...
siapakah yang mengetahui?
tiada siapa yang tahu
hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui
oleh itu, hanya padaNya kita mengadu
dan hanya padaNya ada segala penawar
kerana dia tahu yang terbaik buat hambaNya

kisah silam yang pernah hadir
mungkin tak dapat kita lupakan
oleh itu, yang baik jadikan amalan
dan jahat jadikan tauladan
untuk menjadi insan yang lebih baik di masa hadapan
agar kita bukan tergolong daripada golongan orang yang rugi

mulut manusia tidak pernah puas berkata-kata
hati manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada
munasabah diri adalah jalan terbaik buat semua
agar tidak terpesong dari jalanNya


Thursday, April 7, 2011

Kenapa Sesetengah Lelaki Berubah Setelah Berkahwin?

Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?

SUAMI ITU LELAKI
  • Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran, keberkesanan dan pencapaian.
  • Mereka beri tumpuan kepada benda, objek dan barang demi untuk mencapai kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham, perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.
ISTERI ITU PEREMPUAN
  • Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel dan buku-buku psikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan, perhiasan, fesyen dan kecantikan.
Kenapa Pentingkan Suami Berbual-Bual Dengannya?

1. Sebab, isteri itu seorang perempuan. Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan, bercakap-cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan boleh 'bersembang' atau 'bergayut' pada telefon berjam-jam lamanya.

2. Orang perempuan mahukan 'good listener' bukan 'problem solver'. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat 'tentang' dan 'untuk' diri mereka. Fokus mereka lebih kepada kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting - 'apa perasaan mereka terhadap orang-orang yang mereka temui itu'.

3. Mereka inginkan 'verbal attention' yang boleh membuatkan mereka rasa dikasihi. Bagi mereka, selagi 'penumpuan' dan 'perhubungan' ini dijalin, selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat dijamin. Perkahwinan sebenarnya menyatu-temukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri. Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan isteri tidak berkesan, 'perbualan sihat' tidak wujud.

KESIMPULANNYA:
1. Perbualan antara suami dan isteri dapat mengekalkan ikatan perkahwinan.
2. Perbualan dapat memindahkan maklumat tentang apa yang mereka inginkan, bagaimanakah perasan dan apa yang difikirkan oleh pasangan masing-masing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Eby nak keluar

Eby nak keluar

Eby nanyang

Eby nanyang

Oyen tido

Oyen tido

My Oyen

My Oyen

Nyanyau tgh makan

Nyanyau tgh makan

Nyanyau comey tido

Nyanyau comey tido

Nyanyau masa kecil

Nyanyau masa kecil

mY nYanYaU

mY nYanYaU
kucing peliharaanKu...