Friday, May 20, 2011

Seribu kali sayang

Percintaan ibu dan ayah mendapat tentang dari atuk dan nenek.
tetapi kuasa cinta mereka sangat kuat dan teguh hinggah membawa ke pernikahan.
mereka tetap dengan keputusan walaupun mendapat halang daripada orang tua ibu.
halangan yang dikira tidak berperikemanusiaan kerana pangkat dan harta yang menjadi ukuran.
akhirnya ibu melahirkan 2 orang puteri.

dia adalah puteri yg bongsu dan mempunyai seorang kakak.
walaupun kakaknya tidak pernah mengakui dia adik.
entah dimana silapnya.
sehinggalah kawan lelaki kakaknya menghantar wakil untuk meminang.
hatinya gembira kerana dia akan mendapat abang ipar.
tapi sangkaan dia meleset.
yang dipinangkan adalah dirinya bukan kakak.

rupa-rupa lelaki itu sudah jatuh cinta pandang pertama padanya.
tetapi sedikit pun dia tidak sedar kehadiran cinta itu.
dia selalu menidakkan apa yang hadir kerana baginya lelaki itu untuk kakaknya.
tetapi akhirnya dia terima kerana hati dia juga terusik dengan kehadiran lelaki itu.
kesungguhan yang dipamerkan hanya untuk memenangi hatinya bukan kakak.

cinta yang berputik antara mereka amatlah indah.
tetapi keindahan itu diduga Allah.
inilah ujian berumah tangga.
ada pasang surutnya.
kesetiaan dan kejujuran suaminya diuji.
di sinilah dia perlu kuat untuk menghadapinya.
dia tidak akan membenarkan perkahwinannya tergadai ditengah jalan.
kesedihan dia sewaktu kecil hidup tanpa kasih sayang seorang ayah membuat dia lebih tabah mengahadapi ujian ini.
tidak akan sesekali membenarkan anaknya merasakan pekara yang sama.
dia memohon kekuatan dari yang Maha Esa untuk mempertahankan mahligainya.

inilah kuasa Allah.
setelah hambaNya berusaha dan tabah mengadapi ujian-Nya, kebahagiaan pasti milik hamba-Nya.

Thursday, May 19, 2011

JALAN KAKI!!!

Terus hati berkata "OH...malasnya...penatnya...berpeluh2..."
hahaha...begitulah aku (tapi mesti korang pun ada juga yang begitukan.. :P)

Memandangkan tempat park kereta kat tempat kerja adalah jauh sedikit dari office.
Kadang-kadang adalah semangat sikit nak jalan kaki pegi office.
Ada gak la sikit exercise kan dari tak ada langsung...huhu
Tapi bila tang datang angin monsun timur tengah, angkat kaki naik shuttle van la...hehehe

TETAPI setelah aku terjumpe satu artikel ni kat email (someone forwarded to my mail..tq2),
adalah motivate sikit nak jalan kaki...hehe.
Nak dijadikan cerita yang menarik, inilah dia kebaikan, faedah, kelebihan dan seangkatan denganya la bagi orang yang mengamalkan berjalan kaki.


*8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki*


Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali.
Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit.
Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.

*Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya.
Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada
kaki tersebut.*

1. Serangan JANTUNG : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung.
Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner )
agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan
sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap
kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat
boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. STROKE : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School
of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam
seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar LEMAK : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme
tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki,
kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar,
kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. MeLANGSINGkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk
rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat
badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan
berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. KANCER: Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin
jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar
(colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang
air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama
dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh
menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah OSTEOPOROSIS : Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan
menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi
sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium
yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling
kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari
osteoporosis.


7. Mencegah KENCING MANIS : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam,
dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2,
khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes
and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk
walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin
untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. DEPRESI: Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti
depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai
sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah
depresi.


**selamat berjalan kaki... :)

Wednesday, May 18, 2011

Sebuah kebahagian yang abadi

Adakah wujud kebahagian ini?
masih berpeluangkah untuk merasainya?
mungkinkah kebahagian ini akan datang setelah musibah melanda?
siapakah yang mengetahui kehadirannya?

diri ini sungguh kerdil untuk mengharapkan keindahan sebuah kebahagian.
tetapi tidak mustahil kebahagian dapat dimiliki.
setiap insan berhak untuk merasainya.

jangan dicari kesempurnaan untuk mencipta kebahagian.
kerana ia tak kan pernah wujud dalam diri yang bergelar manusia.
kesempurnaan adalah milik ALLAH S.W.T.
mungkin kita hanya mampu mencuba dan menjadi yang paling hampir sempurna pada sesorang.

mampukah kita melakukannya?
layakkah kita mencipta kesempuraan itu?
tetapi kebahagian juga boleh dikecapi dengan secebis kesempurnaan.
memohon pada Yang Esa.
hanya padaNya kita boleh mencari kesempuraan itu.
seterusnya memiliki kebahagian itu.

nikmat kebahagian yang pernah singgah.
jangan la ia dipadamkan dengan sedikit ketidaksempurnaan yang wujud.
ini akan menjadikan kita insan yang tidak bersyukur.
insan yang tidak reti menghargai.
adakah ini akan disukai ALLAH?
jawapanya pasti tidak.

carilah kebahagian itu selagi hayat dikandung badan.
kebahagian itu hadir dengan keredhaan ALLAH pada hambaNya.
oleh itu, burulah keredhaan ALLAH dahulu.
pasti kebahagian akan menyusul kemudian.

janji ALLAH itu pasti.
rancangan ALLAH adalah sebaik-baik rancangan untuk hamba-hambaNya.
hidup ini hanya sementara.
segala nikmat hanyalah dipinjamkan ALLAH pada hambaNya.
dengan sekelip mata nikmat itu boleh hilang.
maka kita wajib mensyukuri nikmat ALLAH.



**gambar hiasan


Rindu

Seorang anak kecil yang kehilangan ibu bapa sewaktu usianya masih amat muda untuk mengenal erti sebuah kehidupan.
kebahagiaannya di ragut sekali gus seluruh semangatnya dibawa pergi.

Hanya pada keluarga pakcik sedara tempat dia bergantung nasib.
Kesyukuran terhadap Allah memberikannya merasai kebahagiaan di dunia ini lagi.
Ibu bapa saudaranya amat menyayanginya dan dijadikan anak angkat keluarga tersebut.
Ini juga atas amanat yang ditinggalkan oleh bapanya.

Setelah dia mengenali erti kehidupan yang sebenar.
Selepas itu jua dia mengenali cinta.
Dia menyintai sepupunya sendiri.
ahh...berdosakah dia?cinta hadir tanpa diduga.
Balasan cinta yang diharapkan cuma tinggal kenangan.
Hasratnya hanya dipendam di dalam hati.
Kesanggupan keluarga sepupunya menerima dan menjaganya pun sudah memadai
dan berterima kasih atas kasih sayang yang diberikan padanya.
Walaupun dia hanyalah anak angkat sahaja.

Keputusan yang amat besar telah diputuskan oleh ibu dan ayah angkatnya.
Dia hanya menuruti hasrat kedua orang tua angkatnya.
Tetapi di dalam hatinya berbunga girang.
Kerana itulah juga hasrat hati yang sebenar.
Pernikahan dia bersama lelaki yang dicintai amatlah ditunggu-tunggu.
Tetapi disebelah pihak tidak dapat menerima keputasan keluarganya itu.
Kekeruhan melanda.
Dengan keterpaksaan sepupunya bersetuju.
Kerana tiada jalan lain untuk dia mengelak lagi.

Seperti yang dijangka, hidupnya tidak seperti pasangan lain yang berkahwin.
Pada zahirnya saja dia sudah bersuami.
Tetapi cinta suaminya tidak pernah dimiliki.
Dia hanya memendam perasaan.
Berdoa dan berharap mungkin masih ada sekelumit cinta untuknya.

Segalanya pahit dan getir dilaluinya.
Sepanjang perjalanan perkahwinannya tak pernah rasa bahagia.
Hanya penghinaan dan penyeksaan yang dia terima dari seorang lelaki bergelar suami.
Kesakitan itu tidak pernah dia bercerita pada orang lain.
Segalanya ditanggung sendiri.
Segalanya dirahsiakan.

Allah itu Maha Adil
Setelah sebuah tragedi yang berlaku pada suaminya.
Pendiriannya sedikit pun tidak berubah.
Dia tetap menjalankan peranannya sebagai seorang isteri yang taat.
Menjaga suaminya dengan penuh kasih sayang.
Tetapi cintanya pada lelaki itu sudah surut.
Tidak lagi mengunung seperti dahulu.
Hatinya cukup terluka.
Parutnya amat dalam sekali.

Setelah mendung berpanjangan.
Akhirnya sinar bahagia seakan menjelma.
Suaminya mula menyedari kesalahan yang dilakukan.
Cinta pada isterinya mula menyubur.
Kelakuannya juga turut berubah.
Kasihnya kian bertambah.
Apa yang diharapkan cuma kemaafan dari isterinya.
Dan ingin membina kembali rumah tangga mereka yang retak menanti belah.
Tetapi hasratnya itu masih dalam simpanan hatinya.

Hatinya hancur luluh apabila isteri yang mula dicintai dan disayangi
pergi meninggalkannya.
Duganya wanita itu tetap akan berada disisinya.
Sangkaanya meleset.
Dia pergi membawa hati yang masih berbekam.

Anak yang dikurniakan membuatkan kasih mereka masih bertaut.
Walaupun berada jauh dari pandangan mata.
Tetapi ikatan yang terjalin tidak dapat diputuskan.
Takdir Allah mengatasi segala-galanya.

**gambar hiasan




**hasil ulasan sebuah novel

Tuesday, May 17, 2011

Menikmati keindahan alam semulajadi

Inilah nikmat dan kesempatan yang Allah berikan padaku.
Merasai keindahan yang begitu menyenangkan dan menyamankan.
Hati berbunga seperti taman bunga yang sedang mekar kembangnya.
Fikiran terasa sangat lapang dan tenang seperti launtan yang terbentang luas.
Mata sejuk memandang sesejuk embun pagi, sesejuk air sungai yang mengalir deras.
Tidak ada tolok bandingnya keindahan ini ditambah pula menikmatinya bersama orang-orang tersayang.
Nikmat Allah ini bertambah berganda keindahannya.
Sangat bersyukur kerana kesempatan ini hadir dalam hidup ku...








Location: Pangsun, Hulu Langat
Time: 8.00am - 1.00pm
Date: 15 may 2011

Monday, May 16, 2011

Minyak naik... naik minyak...

Minyak naik lagi???
ya!!!
huhu..
bersiap sedialah dengan kenaikan minyak petrol RON-95.

Bila minyak start naik, segalanya akan mula naik
makanan, minuman, tambang bus, tambang teksi, tmbang LRT (apa kaitan dengan minyak ntah..haha),
and dah tentu perbelanjaan harian akan turut naik.
silap haribulan darah pun naik, angin pun naik satu badan...
moga-moga dipermudahkan...

Terima kasih kekasih

Pertunangan dia dengan sesorang yang menyayanginya amatlah mengembirakan hatinya.
Seluruh keluarga terutama ayah dan emaknya bersetuju dan merestui pertunangan itu.
Hatinya amat lega sekali, lelaki itu dirasakannya amat menyintai dan menyayanginya kerana sanggup menerimanya.
Walaupun dia mempunyai kerjaya yang agak kurang dilakukan oleh seorang wanita.
Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Pertunanganya dilanda badai.
Mampukah dia mempertahankan hubungan ini?
Dia amat menyayangi lelaki itu tetapi dugaan dari Allah sesiapa pun tidak dapat menduga.
Cinta lelaki itu sudah mula beralih arah.
Apakah puncanya? diakah penyebab semua ini berlaku?
Dia keliru...
Dan akhirnya dia pasrah dan percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Walaupun pahit dia tetap redha dengan ketentuan Allah.
Takdir Allah tiada siapa yang mampu menghalang.
Lelaki itu memilih untuk putuskan pertunangannya.
Dan memilih wanita lain sebagai pengantinya.
Wanita yang dirasanya tidak baik oleh kawan-kawannya.
Tetapi lelaki itu tidak mengendahkan pandangan orang lain.
Baginya wanita itu amat pandai melayannya.
Apa pun lelaki itu sudah tersalah langkah.
Wanita yang dianggap lebih baik dari tunangnya itu, adalah seorang wanita yang amat tidak berperikemanusian.
Lelaki itu bagaikan sudah memilih kaca dan telah membuang sebutir permata yang amat bernilai.
Allah telah menemukan dia dengan seorang lelaki yang lebih baik dari bekas tunangnya.
Lelaki yang bertanggungjawab dan yang paling penting kasihnya tidak berbelah bagi padanya.
Dia panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah yang telah menghadiahkan sebuah pelangi yang cantik setelah hujan yang lebat turun membasahi hidupnya.

Inilah lumrah kehidupan
Berbuat baik akan dibalas baik dan berbuat jahat akan dibalas jahat.
Begitulah jua wujudnya syurga dan neraka.
Inilah hukum alam...


**ulasan dari sebuah novel

Thursday, May 12, 2011

Kelahiran di muka bumi

Tahun ni ramai yang sedang menanti saat-saat terindah
semuanya rezeki dari Yang Maha Esa.
kebanyakkan adalah penantian untuk kelahiran yang pertama.
inilah saat yang ditunggu-tunggu bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.
inilah pengalaman pertama bagi mereka yang akan bergelar ibu bapa.
setiap insan mungkin akan merasainya.
ia hadir dengan penuh kebahagian.
ia dinantikan dengan penuh kesabaran.
ia datang dengan impian yang menggunung.
dengan harapan ia akan menjadi insan yang baik.
ia seperti kain putih yang kosong.
kitalah yang akan menentukan corak dan warna apakah yang bakal dilakarkan diatas kain putih itu.
tetapi apa yang kita cuba lakarkan tidaklah menjadi penentu penghujung kejadiannya
segalanya terserah pada ia untuk menilai segala kebaikan dan keburukan
oleh itu acuan yang kukuh harus kita sediakan, agar hasilnya tidak mengecewakan
semoga anak-anak yang bakal lahir ini akan menjadi anak yang berbakti pada ibubapa, agama, dan negara.

**gambar hiasan
***inilah yang diimpikan

**gambar hiasan
***comelnya baby ini



**tahniah kepada officemate ku, jeniffer yang selamat melahirkan baby boy
***ada 2 orang bakal menjadi ibu juga( kak shara and kak izatun)
****tak lupa juga kepada kawan baik ku, khairiza(bakal ibu tahun depan)
*****kepada kak iparku cepat2 la dapat baby...hehe
******tahniah2 kepada semua bakal2 ibu dan bakal2 bapa... :)

Tuesday, May 10, 2011

cuaca panas semenanjung Malaysia

**gambar hiasan

terik mentari disaat ini bagai membakar kulitku
mengontangkan air yang berada di dalam badanku
keringat yang mengalir keluar bagaikan tidak mahu berhenti
tekakku semakin perit untuk menelan

cuaca yang mencecah suhu 37 darjah celcius
amat terasa panasnya di siang hari
malah tempiasan habanya juga terasa di malam hari
adakah ini petunjuk daripada Yang Maha Esa
adakah peringatan untuk hamba-hamba-Nya
dan mungkin juga ujian Allah terhadap hamba-hamba-Nya

keadaan cuaca yang terik begini mengundang pelbagai penyakit
akibat dari perubahan suhu yang semakin meningkat secara mendadak
kondisi badan agak terkejut dengan perubahan ini
demam, selsema, batuk bagaikan mengambil tugas masing-masing

inilah keadaan ku sekarang
dengan penyakit yang datang singgah di badanku
aku terasa amat lemah
tetapi ku gagahi jua untuk mengubatinya
berusaha dan berserah pada Allah
sesungguhnya Allah yang memberinya dan pada-Nya jua terdapat penawar
sangat bersyukur dengan ujian ini
ini tandanya Allah masih sayang padaku
walaupun hamba-Nya ni banyak melakukan kesilapan
kadang-kadang alpa dengan kewajipan sendiri terhadap Penciptanya

dengan ujian yang kecil ini mampu memberi peringatan padaku
memberi kesempatan padaku untuk memunasabah diri agar tidak terus leka
agar tidak terus hayut
ampunkan dosa-dosa hamba-Mu ini
ampunkan dosa-dosa seluruh muslimin muslimat
hanya pada-Mu hamba-Mu ini berlindung
keampunan-Mu akan ku cari sehingga akhir nafasKu



**banyakkan minum air masak
***jangan kerap keluar rumah (jangan main ditengah2 panas)
****makan ubat dan banyakkan berehat di dalam rumah
*****banyakkan berdoa dan membaca Al-quran


Monday, May 9, 2011

Hadiah buat insan tersayang

hadiah yang tak seberapa ini untuk mak tersayang
sehelai kain baju ela untuk mak
diimport jauh dari seberang...hehe
semoga mak suka kan nya
walaupun hadiah ini tidak seberapa, harapanku hanya satu
agar dapat memberi sedikit kegembiraan pada mak
walaupun sekadar mengukir sekuntum senyuman


(tapi mak saya senyum berkuntum2...hehe)


dan sehelai lagi tuk acik aini
harap acik suka kan nya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Eby nak keluar

Eby nak keluar

Eby nanyang

Eby nanyang

Oyen tido

Oyen tido

My Oyen

My Oyen

Nyanyau tgh makan

Nyanyau tgh makan

Nyanyau comey tido

Nyanyau comey tido

Nyanyau masa kecil

Nyanyau masa kecil

mY nYanYaU

mY nYanYaU
kucing peliharaanKu...