Tuesday, June 28, 2011

Permata Hati

Dilahirkan dengan mempunyai kesempurnaan fizikal yang amat menarik.
sama-sama cantik dan hensem bagai merpati dua sejoli.
tetapi kesudahan jodoh mereka telah ditentukan oleh ibubapa mereka sendiri. masing-masing tidak berkata apa dengan cadangan ibubapa mereka.
bagi mereka jodoh pilihan ibubapa sudah tentu dari kalangan orang yang baik-baik. setelah akur dengan permintaan ibubapa masing-masing, mereka telah menetapkan tarikh yang penting untuk mengikat tali pertunangan.
masing-masing sudah dibekalkan gambar pasangan yang bakal mereka miliki tetapi sayang mereka mengambil keputusan untuk tidak melihat gambar tersebut atas alasan biar cinta mereka bukan atas dasar rupa paras semata-mata.
ketentuan Allah untuk menguji hamba-hambanya di muka bumi ini, secara tidak sengaja syam telah terlihat gambar perempuan pilihan keluarganya yang bakal menjadi isterinya.
syam terus membatalkan keputusannya untuk bertunang dengan alasan dia tidak dapat terima ariana. ini kerana peristiwa dulu yang melihatkan kekasaran wanita itu dengan seorang lelaki.
bermati-matian dia tidak bersetuju dengan pilihan keluarganya.

inilah pepatah mengatakan kalau dah jodoh takkan ke mana. syam jatuh cinta dengan ariana tanpa dia sedari.
tetapi pelbagai dugaan bagi mendapatkan cinta ariana setelah wanita itu ditolak bulat-bulat tanpa mengenalinya dengan lebih dekat.
tak kenal maka tak cinta, itu lah dia betapa ironinya cinta. dapat menggubah perasan benci menjadi sayang. setelah pelbagai ujian dan dugaan mereka akhirnya bersama.
segala kedukaan terpaksa dia lupakan untuk mencari sebuah kebahagiaan. keegoaan juga perlu digugurkan demi cintanya kepada ariana.



***jangan sesekali membenci sesama manusia, mungkin perasaan itu boleh bertukar menjadi sayang jika Allah mengkehendakinya.

Monday, June 20, 2011

Selamat Hari Papa

SELAMAT HARI BAPA

semalam sambutan hari bapa sedunia. sambutan hari bapa ni tidak la disalahertikan eh..
bukan hari bapa ni satu hari je kite kena ingat pada bapa kite kn..hari-hari kite kena ingat pada mereka. kena ingat segala jasa mereka seumur hidup kite. sama juga la dengan sambutan hari ibu. kedua-dua ibubapa kita kena ingat mereka dan senantiasa mendoakan mereka. bukan pada hari-hari tertentu saja. Cume bersempena hari-hari ini ada hari-hari yang telah ditentukan sambutannya, jadi x salah hari ini kita membuat satu kejutan untuk mereka. so kami decide belikan abah cake je..walaupun abah x brapa suke makan cake.
(abah suke cake secret recepi choc.indulgence...hehe)


** tengok la ape tuan kedai ni tulis... PAPA..hehe..
selamat hari bapa...


** beria2 abah potong kek tapi makan sikit je..huhu..


**i love u abah...
***thanks for everythings...



Monday, June 13, 2011

Dah besar anak....

...kucing ni....hahaha..
ni la dia peneman aku, permainan aku, anak patung aku...haha..
nyanyau dh besar sekarang...sgt sng membesarkan nyanyau...
dia membesar sendiri...hehe..
dah lame x mandi nyanyau ni..haha..sume takut nk mandikan dia sbb dia sgt takut air...
lau rase2 x syg tangan...sile2 kn la mandikan nyanyau...(tp rase2 masuk dlm mesin basuh ok x???...hahaha)
tp xpelah dia pandai mandi sendiri..dia sgt pembersih...huhu..
smoga nyanyau dpt jodoh yg baik2...tp syg x tau nyanyau dh ade anak ke blum...
tp perangai mcm budak2 lagi...kuat gadoh...samseng...hahaha..
x sedar badan kocik je...tp xpe semangat besar...bagus2..





**nyanyau yg sgt comel tp garang...
***dia baik time tido and time lapar je...hahaha
***luv u nyanyau... :)

Andai itu takdirnya

Akhirnya dapat juga ku milik novel ini
"ANDAI ITU TAKDIRNYA"
haha...novel terlaris...
walaupun novel ni sudah lama dijual tapi still menjadi rebutan bg pengemar novel...(pengemar novel yg outdated mcm sy...hehehe)
dengar-dengar cerita novel ni sangat best...
bestkah?hehe...belum dapat dipastikan lagi dengan mata kepala sendiri...(belum bace lg...hehe). baru je beli yesterday, after sent my liltle bro balik asrama dia.
sekarang tgh baca novel lain...ade 2 novel yg harus disetelkan dulu...(sbb pinjam kat org..hehe). rasa x sabar sgt...



**asma aku dah tunaikan wish ko...hehehe
***bertambah la koleksi buku2ku

Thursday, June 9, 2011

Setiap Jumaat

Bermastautin di negara org membuatkan dirinya amat menghargai negara kelahirannya.
hujan emas di negara org hujan batu di negara sendiri.
inilah yang dirasakan saban hari.
apa pun dia harus tempuhinya hingga tamat pengajiannya di Jepun.
pelbagai dugaan yang dihadapinya dari masalah keluarga, persahabatan dan hinggalah ke masalah percintaan.
setelah semua yang berlaku dia mengambil keputusan untuk menetap di Jepun dan bekerja di sana.
setelah beberapa tahun menetap di negara orang.
dia bertemu dengan seseorang yang boleh bertutur bahasa ibundanya.
rupanya lelaki itu berasal dari negara yg same dengannya.
rasa rindu dengan negara sendiri.
ketika bersama dengan lelaki itu, dia rasa amat gembira kerana dia boleh berborak dengan bahasa yang sama, boleh meluahkan apa2 sahaja kerana lelaki itu tetap akan menjadi pendengar setianya.
dan setiap jumaat seolah2 mereka sudah berjanji akan bertemu di bawah sepohon pokok ceri.
setiap jumaat, lelaki itu akan berada di situ sebelum ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat jumaat.

setelah beberapa bulan berbual-bual dengan lelaki itu.
hatinya mula rasa lunak dengan lelaki itu dan begitu juga yang dirasai oleh lelaki itu.
rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan.
cume dia cepat tersedar bahawa pengalaman putus cinta dulu membuat dia rasa serik untuk bercinta. akhirnya mengambil keputusan untuk berkawan sahaja. tetapi hatinya tetap merindui lelaki itu.

kepulangan dia ke malaysia setelah beberapa tahun di negara orang membawa diri.
akhirnya dia tahu marahnya tidak akan berkesudahan jika dia tetap melarikan diri dari keluarganya sendiri.
keputusan yang amat mengembirakan seluruh keluarganya, terutama emaknya yang saban hari merindui anaknya itu.
tetapi di dalam kegembiraan masih ada seseorang yang sedang bersedih menanti dan terus menunggu dia di bwah sepohon pokok.
lelaki itu tidak tahu bahawa dia sudah pulang ke tanah air.

Dengan kuasa Allah, akhirnyanya mereka bertemu semula di malaysia.
pertemuan yang tidak disangka-sangka itu, membawa ke jinjang pelamin.
itulah yang telah tersurat jodoh mereka bersama. walaupun sudah banyak kepahitan yang dilaluinya tetapi dia tetap yakin dengan rancangan Allah buat dirinya.
Dan kini Allah menghadiahkan dia seorang suami yang amat mencintai dirinya.
segala masalah dia dengan family dan kawan-kawan berakhir dengan kegembiraan.
dia redha dengan segala-galanya.


**gambar hiasan -- indahnya ciptaanMu...


**aku redha dengan takdirMu Ya ALLAH...

Wednesday, June 8, 2011

Takdir Allah

Takdir Allah tiada siapa yang mampu halang dan tiada siapa boleh menjangka apa yang akan terjadi pada masa hadapan.
Inilah yang dinamakan qada' dan qadar ALLAH S.W.T.
Dia Yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui.
Takdir Allah ada yang kekal dan ada yang dapat diubah bergantung pada usaha dan doa hamba-hamba-Nya.

Sebagai contoh, rezeki seseorang sudah ditetapkan sejak dia lahir dimuka bumi Allah.
Rezeki itu akan bertambah jika usaha yang lebih dan doa yang tidak putus-putus pada Allah.

Dalil tentang kematian sudah ditentukan adalah surah Ali- Imran ayat 185 :
“Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah,sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya”.

Tentang jodoh yang telah ditentukan adalah surah Ar-Rum ayat 21 :
“Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir”.

Adapun tentang telah ditentukannya rezeki kita adalah surah Saba' ayat 24 :
“Katakanlah (Muhammad), “Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi?” Katakanlah, “Allah”.

Jika kematian, jodoh dan rezeki sudah ditentukan, lalu mengapa kita berdoa dan berusaha untuk mendapatkannya?

Jawabnya adalah :

Pertama, berusaha dan berdoa adalah ciri khas manusia yang membezakannya dengan makhluk lain. Berusaha dan berdoa adalah bukti bahwa manusia memiliki kebebasan memilih. Ini adalah penghargaan tertinggi Allah kepada manusia, ciptaan-Nya. Jadi ketika kita berusaha dan berdoa sebenarnya kita sedang mensyukuri nikmat Allah (yakni kebebasan). Sebaliknya, orang yang tidak mahu berusaha dan berdoa bererti dia melecehkan dan tidak bersyukur terhadap nikmat Allah berupa kebebasan itu sendiri.

Kedua, kita harus berusaha dan berdoa agar lebih cepat lagi mendapatkan takdir kita, jika takdir itu baik dan sesuai keinginan kita. Jika takdir tersebut tidak sesuai dengan keinginan kita, maka dengan berusaha kita dapat merubah takdir tersebut menjadi takdir yang baik atau sesuai dengan keinginan kita.

Rasulullah bersabda : “Tidak ada yang dapat merubah takdir kecuali doa”.


Dalam peristiwa dimana Umar bin Khatab ra bertanya kepada seseorang yang tidak mengikatkan keledainya sebelum masuk masjid lalu dijawab oleh orang tersebut, “Buat apa diikat? Jika memang takdirnya keledai saya tidak akan hilang?. Lalu Umar ra menjawab :

“Berusahalah dahulu (dengan cara mengikat keledai), baru Anda bertawakal (pasrah dengan takdir)”.

Dalam peristiwa lain, ketika Umar ra mengungsi Madinah karena sedang ada wabah penyakit, lalu ditegur oleh seseorang: “Mengapa engkau mengungsi? Bukankah jika takdirmu tidak akan terkena penyakit, maka engkau tidak akan terkena penyakit?
 Lalu Umar ra menjawab: “Aku berpindah dari takdir yang satu (diam saja) kepada takdir yang lain (mengungsi untuk menghindari wabah penyakit)”.

Jadi berusaha dan berdoa adalah hal yang wajib dilakukan oleh seorang muslim, jika ia ingin mendapatkan takdir yang sesuai dengan keinginannya. Jika pun takdir yang menimpanya tidak sesuai dengan keinginannya padahal ia telah berusaha dan berdoa, maka disitulah letak ke-Maha Bijaksana-an Allah SWT. Sedang kita adalah makhluknya yang bodoh untuk mengambil hikmah dari sebuah peristiwa.

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
(QS. 2 : 216).

**Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...

Monday, May 30, 2011

Memancing pokok padi...

**pokok padi


Hai kawan-kawan...
musim cuti sekolah sudah menunjukkan diri mereka. Riuh rendah la rumahku kini.
Adik-adik sume dh ada kat rumah. Makin pening mak kat rumah...hehe
Harap-harap diaorang dapat mengisi masa cuti dengan aktiviti2 yg berfaedah.
( ade ke diaorang ajak aku jalan2...diaorang ingat aku sekolah lagi mcm diaorg ke??? 
adoi...punah...haha)


Tapi weekend hari tu sempat meluangkan masa pulang ke kampung halaman mak di Sekinchan, Kuala Selangor.
Semua ahli keluarga ikut tapi ada sorang je tinggal sebab dia keje sambilan x dapat cuti kat Gino's Pizza ( nak pizza free...hehe)

Sampai kat kampung je bermula aktiviti kami iaitu MEMANCING!!!
(ni sume koje adik plg bongsu...dia suh semua org g teman dia memancing...suko beno...tak paham aku...huhu)
kitaorg pg memancing kat parit je...huhu. Dapat la ikan keli, haruan, puyu dan sepat...
(malangnya aku x makan ikan2 ni...hehe)
Teman je la diaorang pancing tapi aku setakat pegang pancing 5minit je pastu aku g merayau2,
wat bising kt tepi sawah, main basikal, naik moto ronda2 kg....hehehe.
Sangat seronok sebab dh lama x balik kg time padi tgh menghijau...
Sungguh nyaman dan tenang je...


saat-saat yg sempat dirakamkan:
















Then hari berikutnya kami ke tepi pantai pulak. Pantai Sg.Nibong, Pasir Panjang.
Cantik sangat tengok matahari terbenam.
Walaupon air pantai agak surut tapi keindahannya tetap cantik dan tenang saja.
Inilah kebesaran Allah S.W.T. Menikmati keindahan alam dengan hati yg penuh kagum akan 
ciptaan-Nya.











Location: Sekinchan, Kuala Selangor
Date : 28 & 29.05.2011



**panjang plak entry kali ni...huhu..

Thursday, May 26, 2011

Hanya Kerana Cinta

Dia jatuh cinta pada seorang driver!!!
Apa orang akan cakap padanya nanti.
Apa orang akan mengutuk ibunya nanti.
Sungguh kejam orang sekeliling yang menghukum tanpa alasan yang tidak masuk akal.
Salahkan dia?
Dia bukan jatuh cinta dengan seorg bantuan.
Bukan juga seorang pembunuh atau perompak.
Lelaki itu seorang pemandu, pekerjaan yang halal disisi islam.

Cintanya mendapat tentangan hebat daripada ibunya sendiri.
dia seorang wanita yang berpelajaran dan mempunyai kerjaya yang bagus.
tetapi hatinya sentiasa merendah diri.
tidak sesekali dia memilih kawan.
dan pada sesiapa pun dia akan berikan bantuan ketika orang memerlukan.
mulianya hatinya.
baginya cinta itu sangat aneh dan dia percaya dengan takdir Allah.
dia yakin setiap apa yang terjadi adalah atas kehendak Allah.
sebagai umat islam yang berpengang teguh dengan ajaran islam, dia redha dengan siapa dia bertemu jodoh.
asalkan lelaki itu melabuhkan cintanya kepada Allah.
lelaki itu lah yang dia cintai.
dia tidak pernah membeza-bezakan pangkat dan darjat pada seseorang.

Lelaki itu walaupun seorang driver tetapi pandai memasak dan mengemas rumah.
itulah yang dia kagumi pada lelaki itu.
baginya mungkin lelaki itu tidak kaya dan tidak ada pelajaran yang tinggi.
tapi itu semua boleh dicari.
tiada yang mustahil dalam dunia ini.
setelah puas dia meyakinkan ibunya, akhirnya ibunya bersetuju dengan pilihan dia.
kebahagiaan anaknya adalah kebahagiannya.

Rancangan Allah adalah sebaik-baik rancangan.
rupa-rupanya lelaki yg dicintai itu bukan hanya seorang pemandu tetapi seorang yg kaya-raya.
atas nasihat ibu lelaki itu agar dia men cari seorang isteri yg tidak tahu asal usulnya.
maka dia tidak hanya mahukan hartanya tetapi menyintainya sepenuh hati.



**jangan sekali-sekali pandang rendah pada orang lain kerana kita tidak akan selamanya berada di atas.
    mungkin suatu hari nanti Allah akan menarik balik apa yang kita miliki sekelip mata.

Tragedi tanah runtuh di Hulu Langat

salam pada semua. Takziah sy ucapkan pada mangsa-mangsa yg terlibat dalam tragedi tanah runtuh pada 21/05/2011(sabtu). Jutaan terima kasih pada rakyat malaysia yg sangat prihatin dalam memberi sumbangan dan bantuan pada mangsa-mangsa anak-anak yatim madrasah Al-Taqwa.

Sangat menyayat hati bila berita yg ke udara tidak disangka-sangka terjadi di kampung halaman ku.
Malang tidak berbau, dimana sahaja tidak kira sesiapa sahaja jika itu takdir Allah ia tetap akan berlaku.
Allah menurunkan bencana alam bukan sahaja untuk memberi peringatan pada mangsa-mangsa yg terlibat tetapi kepada hamba-hamba yg lain juga. Sama-sama mengambil ikhtibar dengan apa yg telah terjadi.
Agar kita tidak lupa menjadi hamba-Nya yg bertaqwa dan sentiasa berada di jalan-Nya.
Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.

Al-Fatiha untuk mangsa-mangsa kejadian.

Friday, May 20, 2011

Seribu kali sayang

Percintaan ibu dan ayah mendapat tentang dari atuk dan nenek.
tetapi kuasa cinta mereka sangat kuat dan teguh hinggah membawa ke pernikahan.
mereka tetap dengan keputusan walaupun mendapat halang daripada orang tua ibu.
halangan yang dikira tidak berperikemanusiaan kerana pangkat dan harta yang menjadi ukuran.
akhirnya ibu melahirkan 2 orang puteri.

dia adalah puteri yg bongsu dan mempunyai seorang kakak.
walaupun kakaknya tidak pernah mengakui dia adik.
entah dimana silapnya.
sehinggalah kawan lelaki kakaknya menghantar wakil untuk meminang.
hatinya gembira kerana dia akan mendapat abang ipar.
tapi sangkaan dia meleset.
yang dipinangkan adalah dirinya bukan kakak.

rupa-rupa lelaki itu sudah jatuh cinta pandang pertama padanya.
tetapi sedikit pun dia tidak sedar kehadiran cinta itu.
dia selalu menidakkan apa yang hadir kerana baginya lelaki itu untuk kakaknya.
tetapi akhirnya dia terima kerana hati dia juga terusik dengan kehadiran lelaki itu.
kesungguhan yang dipamerkan hanya untuk memenangi hatinya bukan kakak.

cinta yang berputik antara mereka amatlah indah.
tetapi keindahan itu diduga Allah.
inilah ujian berumah tangga.
ada pasang surutnya.
kesetiaan dan kejujuran suaminya diuji.
di sinilah dia perlu kuat untuk menghadapinya.
dia tidak akan membenarkan perkahwinannya tergadai ditengah jalan.
kesedihan dia sewaktu kecil hidup tanpa kasih sayang seorang ayah membuat dia lebih tabah mengahadapi ujian ini.
tidak akan sesekali membenarkan anaknya merasakan pekara yang sama.
dia memohon kekuatan dari yang Maha Esa untuk mempertahankan mahligainya.

inilah kuasa Allah.
setelah hambaNya berusaha dan tabah mengadapi ujian-Nya, kebahagiaan pasti milik hamba-Nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Eby nak keluar

Eby nak keluar

Eby nanyang

Eby nanyang

Oyen tido

Oyen tido

My Oyen

My Oyen

Nyanyau tgh makan

Nyanyau tgh makan

Nyanyau comey tido

Nyanyau comey tido

Nyanyau masa kecil

Nyanyau masa kecil

mY nYanYaU

mY nYanYaU
kucing peliharaanKu...